MAT PIAH DAN MR BLACKWAY
Mahizan Husain
BABAK SATU
Mat Piah berada di atas becanya menunggu rezeki terakhirnya.Dari
pintu besar hotel berjejeran keluar lelaki dan perempuan yang memakai berbagai
jenis pakaian beragam.Sambil memanggil-manggil dia membunyikan locengnya. Tiada
rezeki Mat Piah malam itu mengeluh Mat Piah sendirian. Tiba-tiba muncul James Blackway berwajah pucat lesi
berpakaian tentera armada Inggeris zaman Francis Light. Ketika Mat Piah ingin
berkayuh ke padang Kota tiba-tiba Blackway menepuk bahunya dari belakang yang
membuatkannya terperanjat. Blackway menyuruh Mat Piah membawanya pergi
berjalan-jalan dalam bahasa Melayu yang membuatkan Mat Piah terlopong sesaat.
BABAK DUA
Waktu sekitar 3.00 pagi
sekitar Georgetown. Mat Piah bertanya Blackway sama ada dia daripada party pakaian serba aneka di Hotel
E&Q. Jawapan Blackway dia tidak kenal mereka. Blackway memberitahu Mat Piah sudah lama dia tinggal di sini iaitu 300
tahun di mana Mat Piah tebahak-bahak mendengarnya. Mat Piah menyangka
Blackway mabuk. Apabila sampai di Lebuh
Light tiba-tiba Blackway menyuruh
Mat Piah berhenti. Mat Piah terkejut dan segera menekan pedal brek. Blackway
bingkas turun daari beca dan pergi ke arah papan tanda nama jalan yang bertulis
Lebuh Light. Hairan Mat Piah melihat kelakuan Blackway itu. Blackway
memberitahu Mat Piah Light ialah kawan
baiknya. Mat Piah masih percaya Blackway mabuk lalu mengatakan dia pun
mempunyai sahabat bernama traffic light.
BABAK TIGA
Sekitar jam 3.00 pagi
di padang Kota Lama berhadapan Fort
Cornwallis. Mat Piah memberitahu Blackway Fort Cornwallis akan dibuka
esok jam 9.00 pagi.Blackway tidak
berkata apa-apa masih memandang ke arah Fort Cornwallis lalu berkata tempat ini
dinamakan sempena nama Lord Cornwallis. Dia membongkok memberi tanda hormat
kepada Fort Cornwallis. Mat Piah hairan melihat aksi Blackway.Blackway
memberitahu yang dia kenal Lord
Cornwallis iaitu seorang jeneral perang yang berlagak berani yang akhirnya
kalah ditangan George Washington.Tiba-tiba terdengar enjin motosikal
sayup-sayup dari jauh.Lama-kelamaan semakin hampir menyuluh ke arah Blackway.
Blackway menjerit lalu berkata itu adalah serangan siam, terus dia lari
menyembunyikan diri di belakang beca Mat Piah.Terkejut Mat Piah mendengar
kata-kata Blackway serangan Siam lalu
memberitahu Blackway itu hanyalah Mat
Rempit, bala masyarakat bukan tentera Burma atau Bugis. Mat Piah menyangka
Blackway buat lawak boria sahaja. Mat Piah bertanyakan Blackway mengapa tadi
dia berkata serangan Siam. Blackway mengatakan dia orang besar namanya James Rolland Blackway dan dia merupakan kawan baik Francis Light dan Stamford
Raffles. Mat Piah tergelak lalu mengatakan dia pula kawan Prince Charles
dan dia tak cukup gila untuk mempercayai kata-kata Blackway. Kata Blackway Pulau Pinang atau Prince of Wales milik
Inggeris iaitu Syarikat Hindia Timur. Kalau begitu kata Mat Piah Manchester
United miliknya sambil ketawa berdekah-dekah. Tiba-tiba wajah Blackway menjadi
pilu lalu menangis teresak-esak dan
meraung-raung. Mat Piah menyuruh Blackway bersabar dan mempercayai
kata-kata Blackway orang kuat Francis Light. Blackway turun dari beca lalu
bertanya kepada Mat Piah sama ada dia kenal Francis Light. Mat Piah memberi
jawapan Francis Light yang membuka Pulau
Pinang pada tahun 1786 lalu Blackway ingin membuat pengakuan di hadapan Mat Piah iaitu Pulau Pinang
mengikutnya dicuri oleh Francis Light
daripada Sultan kedah. Terkejut Mat Piah kerana selama ini sejarah Pulau
Pinang yang dihafalnya tidak betul.Blackway berkata sebenarnya Light menipu
Sultan Abdullah supaya diserahkan Pulau Pinang kepada Inggeris. Inggeris
mahukan Pulau Pinang untuk dijadikan Pelabuhan
persinggahan antara Barat dengan Timur.Di samping itu Inggeris boleh mengaut kekayaan seperti emas,timah dan
perak dari tanah Melayu. Blackway berkata sudah beratus tahun dia berasa bersalah atas penipuan dan pengkhianatan
yang telah dia dan Light lakukan terhadap Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah
dan orang Melayu.Blackway tersedu kembali, dia keliru sama ada Mat Piah mahu
percaya atau tidak. Tiba-tiba Mat Piah menjerit ke arah Blackway sambil berkata
Taik Kerbau (take a bow). Blackway cepat-cepat tunduk hormat kepada Mat Piah
kerana takut dibelasah Mat Piah.Mat Piah menuding jari ke arah Blackway dan menyuruhnya
menceritakan fakta sejarah yang betul. Blackway berasa gugup
berjalan mundar-mandir. Dengan nada marah Mat Piah menyurh Blackway
menceritakan apa yang berlaku dengan segera. Blackway akhirnya bersetuju untuk
bercerita.
BABAK EMPAT
Sekitar 4.00 pagi Blackway mula bercerita. Dia mengenali
Light semasa bekerja di Firma Jourdain
Sullivan. Sultan Muhammad Jiwa memerintah Kedah dan menghadapi
tentangan Bugis. Baginda meminta
bantuan Syarikat Hindia Timur inggeris.Satu perjanjian antara Sultan
Muhammad Jiwa dengan Light ditandatangani yang menyatakan Kedah akan dibantu
jika diserang Bugis dengan syarat
memberi kebenaran Firma Jourdain Sullivan de Souza berniaga di Kuala Kedah.
Light hanya mahu mencari peluang mendapatkan Pulau Pinang dan Province
Wellesley daripada Kedah. Blackway dan
Light menipu Sultan Kedah dengan membuat perjanjian palsu di mana mereka enggan membantu Kedah apabila Bugis menyerang.Baginda Sultan cuba
mengusir Light tetapi Light enggan dan membina
kubu tentera Inggeris di Pulau Pinang.Mat Piah marah apabila mendengar
Light menipu Sultan dan merampas Pulau Pinang
dan bukan membukanya.Blackway seterusnya menceritakan bagaimana Sultan Abdullah pula ditipu Light
juga untuk mendapatkan Pulau Pinang.Light menandatangani perjanjian Inggeris-Kedah pada tahun 1786 untuk melindungi Kedah daripada Serangan Siam dan
Burma tanpa pengetahuan kompeni. Apabila Siam menyerang Kedah, Light lepas tangan enggan membantu Sultan
Abdullah.Sultan murka lalu membawa tenteranya untuk menyerang Light.Light mendapat maklumat
lalu menyerang tentera Sultan pada waktu
subuh di Sungai Perai.Dengan tipu
muslihat Light berjaya merampas Pulau
Pinang daripada Sultan Kedah. Pampasan sebanyak $30 000 dolar Sepanyol hanya dibayar $6 000 sahaja. Mat Piah
menjerit marah dan menyebabkan Blackway
terkejut dan melatah. Mat Piah memarahi Blackway kerana baginya orang
Melayu sahaja yang boleh melatah.Mat
Piah mencekak leher baju Blackway, terkial-kial Blackway untuk melepaskan diri
lalu meminta ampun kepada semua orang
Melayu kerana menipu, menindas dan menyamun. Dia berasa malu dengan apa
yang telah mereka lakukan.Blackway mengaku bangsanya memang kejam lalu berkata
rasa macam nak amuk.Mat Piah memberi
amaran kepada Blackway supaya jangan curi amuk kerana orang Melayu sahaja yang boleh amuk. Blackway bersumpah yang dia tidak mahu amuk dan latah bangsa
Melayu. Mat Piah menolak Blackway jatuh terduduk dia bangun dan rasa terhina.
Wajahnya merah menahan marah. Dia mentertawakan Mat Piah lalu tiba-tiba lesap meninggalkan Mat Piah
termanggu-manggu.Mat Piah mencari-cari Blackway. Dia bingung, marah dan
kecewa.Matanya dipejamkan, kemudian dibuka perlahan-lahan.Dia berhalusinasi.
sinopsis yang sangat membantu. terima kasih.
ReplyDelete