ANNA
Kermala
BABAK SATU
Anna bergegas ke
lapangan terbang di belakangnya diikuti pekerja membawa dua beg pakaiannya.Anna
terkenangkan ayahnya Thomas Carpenter.Ayahnya
menasihati Anna supaya tidak terikut
hati mudanya.
Anna tidak akan tahan hidup dengan pemuda Melayu
kerana cara hidup yang berbeza. Anna tidak akan mendapat kasih sayang
sepenuhnya, sia-sia saja Anna mencintainya.Menurut ayahnya lagi Zaki akan lebih setia kepada ibunya
kerana orang timur cintakan ibu dan saudara lebih daripada orang barat.Mereka
juga mengamalkan kerjasama dan gotong royong tidak sama dengan orang barat yang
hidup atas kekuatan sendiri.Ibunya
sendiri mati kerana kekejaman mereka
sebab berkahwin dengannya.Ayahnya tidak sampai hati melepaskan Anna. Cuma
harapan Thomas Carpenter anaknya akan pulang kepadanya akhirnya.Anna mengakui kebenaran cakap ayahnya
kerana Zaki di bawah takluk ibunya.Penerbangan Anna ditangguhkan setengah jam
lagi kerana kerosakan yang tidak dapat dielakkan.
BABAK DUA
Zaki datang ke lapangan
terbang menemui Anna.Zaki mengatakan
Anna terlalu mengikutkan perasaan dan Anna begitu cepat berputus asa untuk
memulihkan hubungan mereka. Anna mengatakan sudah cukup lama selama empat tahun dia merasakan hidupnya bagaikan dalam
penjara selama menjadi isteri Zaki. Dia inginkan kebebasannya kembali.Zaki
menafikan kata-kata Anna. Baginya Tina
adalah lambang kasih mereka.Anna tidak menyesal untuk meninggalkan Zaki dan
Tina kerana baginya penyesalan adalah kerana membantah larangan ayahnya. Zaki cuba mengenang kembali saat-saat
bahagia mereka di White Christmas dan
Trafagar Square dan saat-saat bertemu
dengan bapa Anna.Anna menyindir Zaki
dengan mengatakan jika tidak kerana Zaki dia akan menjadi seorang anak yang
setia sebagaimana Zaki menyayangi ibunya. Anna mengatakan Zaki amat setia
kepada ibunya dasar orang Timur, Melayu. Zaki menyatakan penderitaan ibunya yang menyara perbelanjaannya di
universiti selama lima tahun hingga tanahnya tergadai kepada Anna.Anna pula
mempersoalkan kenapa ibunya dibunuh
sedangkan ayahnya seorang Inggeris
banyak menolong memberi pekerjaankepada ramai orang miskin. Zaki mengatakan
kepada Anna kematian ibunya adalah
mangsa keadaan waktu itu di mana ayahnya sebagai pengurus syarikat Inggeris
sudah tentu dicurigai.Zaki menyatakan
ibunya juga tidak bersalah apa-apa di mana ibunya sayangkannya dan menantunya
serta Tina. Bagi Anna Zaki menyediakannya penderitaan baginya di mana kebahagiaan sebenarnya di England. Zaki
ingin memberikan sebanyak mungkin kebahagiaan pada sisa-sisa hidup ibunya
lagipun hanya Zaki seoranglah anaknya dan keadaan ibunya yang buta.Anna mengatakan ibu Zakilah yang memecahbelahkan kasih sayang Zaki terhadapnya.
Zaki inginkan diberi waktu untuk membuktikan kasih sayangnya terhadap Anna.Namun
Anna inginkan kebebasanya kembali
dan berharap Zaki dapat memberikan
perhatian sepenuhnya kepada ibunya serta menjaga Tina baik-baik dan bila
dia dewasa berilah peluang kepadanya untuk mencari ibunya.Juga Anna berasa
mungkin sebagai seorang yang setia
terhadap tanah airnya, Zaki mungkin
mempunyai perasangka terhadapnya yang berketurunan Inggeris.Zaki menyangkal
kata-kata Anna kerana baginya walaupun Inggeris banyak meninggalkan parut-parut
luka tetapi banyak contoh baik yang
boleh dipelajari daripada Inggeris.Anna mempercayai suara-suara ghaib yang didengarinya menyuruhnya
meninggalkan Zaki jika tidak dia akan terkorban seperti ibunya.
BABAK TIGA
Kedatangan Dr. Chan
bersama ibu Zaki dan Tina ke lapangan terbang.Sementara Zaki mendapatkan ibu
dan anaknya di dalam kereta Doktor Chan berbual dengan Anna. Dr. chan menasihati Anna supaya dapat berfikir barang sehari lagi kerana
masalah rumah tangga menupakan masalah yang rumit. Anna dinasihati supaya memberi perhatian kepada nasib Tina
bukan Zaki atau mertuanya.Anna tidak sanggup menunggu walaupun setengah jam
lagi kerana baginya dia menjadi beban
kepada Zaki walaupun Dr. Chan memberitahunya Zaki memang sayangkan Anna,
hanya dia menghadapi masalah mata ibunya
dan menebus tanah yang tergadai. Bagi Dr. Chan, Zaki menyebelahi ibunya
kerana maklumlah ibu dengan anak lagipun
telah banyak pengorbanan ibu zaki terhadap anaknya. Ana tidak dapat menerima apa yang dikatakan Dr. Chan kerana dia
tidak pernah bahagia selama empat tahun bersama Zaki.Anna berasa ada sesuatu dalam dirinya yang hilang. Anna mahu perhatian sepenuhnya kepada
rumahtangga iaitu kasih sayang hanya
kepadanya semata-mata.Namun Anna tetap berharap mata Mak Munah akan baik
seperti sediakala dan kasih antara ibu dan anak itu bertambah kuat. Bagi Anna mertuanyalah yang menjadi benteng
memisahkan mereka berdua dan dia ingin hidup kembali bersama bapanya serta menyambung kembali pelajarannya yang
terkandas.Harapan Dr. Chan apabila Anna tiba di England dia akan memikirkan semula kata-katanya
yang ikhlas tadi dan sama-samalah berdoa agar mata ibu Zaki akan sembuh
kembali.
BABAK EMPAT
Zaki menolak kerusi
roda ibunya diikuti Tina sambil memeluk teddy
bear.Tina bertanyakan ibunya hendak
ke mana dan inginkan ibunya membeli teddy
bear lagi yang bagus . Anna mengatakan kepada anaknya yang dia akan pergi jauh berjumpa datuknya.Mak
Munah memanggil Anna sambil tangannya bergerak-gerak dan mengapai-gapai.Mak
Munah bertanya Anna sama ada Anna marahkannya. Seterusnya Mak Munah berkata
sampai hati Tina meninggalkannya, Zaki dan Tina. Mak Munah menyerahkan Zaki kepada Anna kerana katanya dia sudah tua
dan akan mati entah esok atau lusa.Mak Munah memohon maaf sekiranya dia
penyebab hati Anna terluka.Sambil berpelukan dengan Mak Munah Anna menyatakan Mak Munah tak bersalah cuma
antara dirinya dengan Zaki dan dia cuma
teringatkan ibunya dan tidak mahu dirinya jadi semacam ibunya.Katanya lagi
kalau panjang umur mereka akan berjumpa lagi dan berpesan supaya Mak Munah
menjaga Tina dan biarkan dia pergi demi kebaikan bersama.Tina memeluk ibunya dengan kuat kerana ingin mengikut ibunya. Anna
menolak Tina. Tina jatuh dan teddy bearnya tercampak.Tina
mengejar dari belakang memegang gaun ibunya lalu ditolak Anna menyebabkan Tina
jatuh.Zaki berlari mendapatkan anaknya. Anna melangkah masuk ke dalam bilik
menanti dan terus ke lapangan terbang.Zaki memujuk anaknya.Mak Munah berdoa semoga Allah selamatkan rumah tangga
anaknya, selamatkan Anna dan selamatkan Tina.Bagi Zaki Anna
perlukan banyak waktu.Harapannya Anna akan tahu juga nilai kasih sayangnya.
Walaupun Anna pergi namun ibunya mesti
melihat dunia kembali. Dia berharap Dr. Chan akan dapat memberikan ibunya
cahaya hidupnya kembali.Dr. Chan berkata dia akan mencuba sedaya upaya tetapi
semuanya dengan kuasa Tuhan belaka.Dr. Chan
juga berharap Zaki bertenang dan memberikan Anna waktu yang cukup.Katanya
lagi semoga Zaki bahagia bersama ibu,dan Tina.Kapal terbang bergerak
meninggalkan lapangan terbang. Dr. Chan dan Zaki sambil membimbing anaknya Tina
menyorong kerusi roda ibunya meninggalkan lapangan terbang.
No comments:
Post a Comment