BAB PROLOG
KAWAI MARU
Kawai Maru sebuah
kapal nelayan besar dimiliki oleh Tuan
Kawai. Tuan Kawai seorang yang kaya raya sejak berumur awal tiga puluhan.
Namun kerana cintakan laut lebih daripada daranan. Nama kapal Kawai Maru
mengambil sempena namanya. Seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang perikanan. Kawai Maru
menempatkan dua ratus pekerja. Dua tingkat Kawai Maru dijadikan tempat tidur.
Satu tingkat ruang dapur dan dewan makan . Dua tingkat tempat menyimpan ikan
lengkap dengan bilik sejuk beku. Teknologi moden digunakan seperti komputer dan
sattelit dalam kapal Kawai Maru. Di Lautan Pasifik Kawai Maru tiada saingannya.
Perairan Ogonshotto merupakan tempat tangkapan ikan merah dan tuna yang
berdaging enak iaitu lubuk ikan luar biasa..
Orgonshoto
merupakan republik yang terdiri dari
enam buah pulau lebih kurang 1500
batu di barat laut Pulau Easter milik Chile.Tatamanu merupakan ibu negara dan pelabuhan utamanya.Menurut Tuan
Kawai kepulauan ini telah dijumpai oleh
pelayar-pelayar Jepun pada permulaan zaman
Edo dan merekalah yang menamakannya Ogonshotto. Ogonshotto mempunyai
hubungan dengan Jepun. Pengaruh Jepun terdapat di Ogonshotto misalnya terdapat generasi kacukan Jepun di Futu-Ata.Pulau-pulau
Ogonshotto menawarkan pemandangan yang
menakjubkan. Di kepulaun ini terdapat
gunung-gunung berapi seprti gunung berapi Gora-Gora, Rai-Rapa dan Futu-Ata. Terdapat pusat-pusat hiburan di
sini seperti di Malagana.Rakyat Ogonshotto ramah dan kaya dengan cerita.Kisah-kisah di Ogonshotto menjadi
kutipan anak-anak kapal Kawai Maru dan menjadi lebih jelas dan lengkap selepas peristiwa pertemuan dengan
nakhoda dan pengikut-pengikutnya di sebuah pulau asing selepas berlakunya
Tsunami.
BAB 1
KOLONIAL
Presiden seorang yang di
sanjungi dengan gelaran-gelaran yang baik seperti dewa-dewa bagi yang
menyukainya. Namun bagi mereka yang tidak
menyukainya memberikan gelaran-gelaran yang tidak baik yang hodoh-hodoh dan
busuk-busuk seperti ‘Belut Selat Morauka’ dan ‘Dewa Badak’. Dia di beri gelaran ‘kolonial’ atau ‘peribumi sebagai
kolonial baharu’. Media masa di
Ogonshotto adalah milik presiden.Riwayat
Presiden dari kecil hingga sekarang tiada cacat-celanya seperti kain putih yang
dikeluarkan dari gedungnya kerana biografinya ditulis oleh pengarang yang
mendapat imbuhan sangat lumayan darpada Presiden.
Riwayat sebenarnya ialah
dia merupakan anak luar nikah Malagana.
Pada usia tujuh tahun semasa merayap-merayap di pantai Tanjung Takatea dia
berenang ke sebuah kapal besar menyeludup
masuk ke sebuah kapal Eropah.
Dia bersembunyi antara peti-peti kayu.Dia tidak mempedulikan perasaan ibu dan
kawan-kawannya akan kehilangannya. Dia menjadi pencuri makanan yang licik,
menyorok tanpa jejak dan tidur tanpa dengkur untuk mengelakkan dirinya dikesan.namun
akhirnya dia ditangkap.Apabila tiba di Eropah dia dibawa ke rumah seorang
kelasi tua. Dia dipaksa bersekolah.
Dia tidak pernah mencapai kedudukan di atas nombor dua puluh di dalam
kelasnya.Semasa di kolej dia membuat kajian untuk semester pengajiannya tentang kumpulan haram di China dan Jepun.
Kajiannya hilang dari bilik pensyarahnya setelah disemak dan diberi markah.Semasa
di universiti pula dia membuat tesis tentang kediktatoran. Seperti dahulu tesisnya hilang dari simpanan
perpustakaan jabatan dan profesornya.
Namun mengikut catatan biografinya seorang nakhoda Eropah sudah lama
memerhatikan kepintarannya lalu memohon
kebenaran ibunya membawanya ke Eropah.Nakhoda telahmembawanya secara sembunyi kerana ibunya
menghalang. Mengikut catatan dia seorang
yang pintar semasa kecilnya di seluruh kepulauan Pasifik.Sebaik tiba di
Eropah dia diambil sebagai anak angkat
dijaganya dengan baik dan dikagumi nakhoda dengan mengatakan
kekagumannya dengan seorang anak kecil dari Pasifik yang cepat belajar menyesuikan diri,pintar dan dihormati rakan-rakan
sebayanya di sekolah. Di peringkat kolej
dia mendapat markah tertinggi atas kajiannya “peranan pihak Berkuasa Menghapuskan Pengaruh Kumpulan Haram di China
dan Jepun”. Tesisnya di universiti, menurut biografinya adalah tentang kemunculan dan perkembangan fahaman
demokrasi di Asia Pasifik.
Dia mendapat tawaran bekerja di sebuah firma
Eropah namun dia ingin menghabiskan
masa di laut selama dua minggu bersama-sama
dengan tiga orang rakannya dengan menyewa sebuah kapal.Baru tiga hari belayar kapalnya dilanda taufan. Di tengah
ribut taufan dia merasakan seperti
menerima hukuman kerana kenakalannya
masa lampau iaitu mencuri makanan dan mencuri tesisnya. Setelah berminggu-minggu
atau mungkin berbulan-bulan dia terdampar di pantai negaranya, Ogonshoto. Dia
diselamatkan oleh penduduk Ogonshotto.Dia
memeluk lutut ibunya di pantai demi untuk menunjukkan rasa hormat seorang
anak yang tahu asal usulnya dan turut menghebohkan kepulangannya..
Dia mengambil
keputusan tidak mahu pulang ke Eropah dan menyertai
parti politik popular di Ogonshotto
yang di dukung pihak polis, tentera dan karyawan umum. Bintangnya naik cepat di
mana dia selepas tiga tahun dia dilantik
sebagai Timbalan Presiden dan seterusnya enam bulan kemudian menjadi Presiden baharu setelah
kematian presiden sewaktu tidur.
Dia memilih corak
pemerintahan demokrasi kapitalisme.
Dalam ucapan utamanya dia berkata merekalah penentu masa depan Ogonshotto .
Setiap penentangan di anggap kuman
yang mesti dihapuskan.Dia mengatakan kapitalisme telah dipilih namun rakyat
tidak mampu mencapai matlamat keuntungan
dan tidak tahu apa itu pertandingan bebas, persaingan adil atau
pemerintahan yang lebih baik.Baginya rakyat Ogonshoto lebih suka hidup dalam
kesedeharnaan. Konsep asrama
universiti tempat mahasiswa berkumpul dan boleh membuat gerakan kolektif dihapuskan. Sebarang bentuk bantahan tidak dilayan malah akan
dihukum. Penekanan baru bahawa tugas mahasiswa ialah berkuliah.Menurutnya
lagi terdapat gangguan di Ogonsotto kerana rakyatnya turun temurun menganggap kemajuan membawa implikasi
negatif terhadap nilai kekeluargaan, niali moral dan alam sekitar, oleh itu apa guna mereka
memilih demokrasi dan kapitalisme.
Pembangunan telah merebak masuk
ke kawasan-kawasan petani dan nelayan dengan bantuan Kapitalis seperti Jepun. Gaya hidup anggota dewan presiden telah
berubah kepada menggunakan kedudukan
dan peluang untuk berlumba-lumba mencari
kekayaan. Isterinya sendiri di
gelar 'Ju' kerana mesti menerima
sepuluh peratus komisen kekayaan dalam setiap urus niaga pemerintah.
Kunjungan presiden
sebuah republik Afrika untuk menjalinkan kerjasama pendidikan dan ekonomi.
Presiden memberitahu kemewahan bukan
matlamat rakyatnya oleh itu kemewahan diagihkan kepada orang-orangnya. Dia
juga dia memberitahu presiden negara Afrika rakyatnya tidak menghormatinya tetapi
takut akannya.
Kedudukan presiden
di istana kukuh ibarat ada tujuh tembok
ajaib mengelilinginya di mana setiap penentangnya seperti mahasiswa,
nelayan, petani, wartawan radikal dan seniman telah di belenggu oleh pemerintah
ada antaranya menjadi mangsa penyeksaan dan pembunuhan misteri.
BAB 2
JENERAL
Seorang Jeneral besara telah memilih untuk tinggal di Ture walaupun memiliki rumah
besar di Tatamanu. Terdapat golongan tua yang mengatakan yang dia lahir di
Pukana bukan di Ture.Jeneral telah menakluki hati penduduk Ture di mana
selepas sarapan dia dan isteri akan ke kampung-kampung bertanya khabar dan
menghulurkan bantuan kepada kenalan baru di kampungnya. Perpindahannya ke Ture
bertepatan seminggu selepas beberapa ekor paus biru dilihat buat pertama
kalinya berenang di mulut SelatGareva yang tidak muncul selama empat tahun. Dia
menganggap ini merupakan petanda baik baginya menetap di Ture.
Perpindahannya ke
Ture merupakan petanda buruk bagi
seorang Pegawai Kanan yang telah bertahun-tahun menanam pengaruh di Ture. Pengikut-pengikut kanannya bergabung
menentang Jeneral dengan menabur
fitnah tentang kelahiran Jeneral
dan menghina ibunya. Namun mereka
kecewa kerana tidak dapat membuktikan kelahiran Jeneral. Jeneral telah melalui penghapusan identiti semasa misinya di
Karibati. Sebulan sebelum bersara dia telah memilih Ture sebagai tempat
kelahirannya semasa proses mengganti
kartu tentera.
Jeneral bertindak balas dengan menyebarkan risalah tentang kelahiran
Pegawai Kanan. Pegawai kanan dikatakan anak
laut kerana dia lahir di atas kapal yang berada di antara Gora-Gora,
Rai-Rapa dan Futu-Ata di Selat Morauka. Jeneral memilih Ture kerana peribadi dan pimpinan politik di Ture mulai lemah. Wakil Dewan Presiden di Ture
sekarang sudah tua bangka, mula
sakit-sakit dan tiada sebarang pembangunan yang dilakukannya. Dia
telah membayangkan hasratnya untuk
mengundur diri pada pemilihan akan datang. Bagi jeneral musuh politiknya
hanyalah Pegawai Kanan.
Jeneral menganggotai parti politik pemerintah. Matlamat jangka pendeknya ialah menggantikan wakil dalam pemilihan
umum dan matlamat jangka panjangnya ialah mendapat penghormatan sebagai Jeneral
dan imbuhan kewangan.Dia memilih parti politik kerajaan kerana dapat
menyediakan kedudukan dan kemewahan.Jeneral dan Pegawai Kanan dipelawa ke restoran makanan laut di Ture. Wakil menyatakan hasratnya untuk bersara
kerana sudah tua dan nyanyuk. Jeneral
memberitahu dia belum bersedia
bertanding dan mencadangkan Pegawai Kanan. Pegawai Kanan gembira kerana
Tuan Wakil akan bersara dan Jeneral pula nampaknya belum bersedia menceburi
bidang politik. Namun bagi Jeneral hati
Pegawai Kanan telah berjaya digembirakan kerana dalam taktik ketenteraan lebih baik menyerang ketika musuh leka.Pegawai Kanan meletak jawatan sebagai
penjawat awam untuk membolehkannya
mewakili parti pemerintah dalam pemilihan umum akan datang.
Dalam pada itu orang-orang Jeneral terus berkempen di
mana fokus utama ialah
anggota-anggota komiti parti serta ahli
keluarganya. Jeneral menjanjikan
pembangunan dan pelancongan di Ture. Keuntungannya
nanti akan dibahagi sama rata kepada anggota komiti dalam bentuk bot-bot
mewah, kereta buatan Jerman dan sejumlah wang. Pegawai Kanan terkejut kerana
mendapat tahu sokongan memihak kepada Jeneral. Orang kuatnya mencadangkan sogokan wang kepada
anggota komiti supaya berpaling tadah kepadanya.Presiden ingin membuat penyelesaian di antara mereka berdua. Mereka diberitahu Presiden ingin berjumpa tepat jam
sembilan malam di dalam bot dihujung pengkalan Ture. Pegawai Kanan bertekad
akan menyatakan taat setianya kepada Presiden, menganggap Tuan Wakil sekarang
sebagai bapa penasihatnya dan menghormati Jeneral sebagai tokoh perang yang
handal. Namun sebaliknya berlaku di pengkalan tersebut semasa menunggu ketibaan
Presiden, Pegawai Kanan telah di bunuh oleh Jeneral yang pada
mulanya gagal menembak Jeneral kerana pistol tidak berpeluru. Mayatnya ditolak ke
dalam laut dan Presiden tidak kunjung tiba.
Pada hari mesyuarat
komiti secara rasmi Jeneral menawarkan dirinya. Jeneral menganggap hari itu hari
kemenannganya kerana sepuluh daripada tiga belas anggota komiti memihak
kepadanya. Namun sebaliknya berlaku dia
ditangkap polis kerana membunuh Pegawai Kanan. Gambar-gambar bukti
pembunuhan ditunjukkan kepadanya. Tuan
Wakil di beri mandat kekalkan kerusinya dalam pemilihan umum akan datang
kerana Presiden hanya mahu melihat hasil pemilihan umum.
BAB 3
PENYAMARAN
Bertahun-tahun 'Peristiwa Tubua' menjadi persoalan
penduduk di Ogonshoto tentang benarkah
Presiden telah melakukan penyamaran dalam peristiwa tersebut. Tubua ialah
sebuah pekan pelabuhan di barat Gora-Gora. Orang-orang Presiden telah mendapat
restu untuk merancang pembangunan
pedalaman Ture. Kompleks hiburan dan perjudian akan dibina. Sekumpulan penduduk pedalaman Tubua memprotes rancangan Presiden. Mereka menubuhkan sebuah komiti yang menentukan tahap serta
kaedah-kaedah protes. Protes mereka dalam bentuk sepanduk-sepanduk, bukan
sahaja di pedalaman Tubua, malah di Tubua atau di perahu-perahu nelayan.Protes memuncak
pada hari Presiden berangkat melakukan lawatan rasmi tiga minggu ke Guatemala,
Brazil dan Peru.
Pada suatu petang seorang lelaki tua datang ke pedalaman
Tubua. Lelaki tua itu berbadan bongkok
sabut,berjambang, misai janggut hampir menutupi mukanya. Dia memakai cermin
mata gelap. Dia mengatakan kedatanganya dari Kuri kerana mendengar bantahan
penduduk. Baginya nasib penduduk Tubua lebih penting daripada ikan,
sotong dan ketam. Di diajak bemalam di rumah ketua protes.Dia disukai kerana
sikapnya berani mengata presiden. Selepas makan malam dia dijamu minuman seakan
sake. Lelaki tua itu mengatakan waktu dahulu turun temurun amalan
berbincang dilakukan dalam menyelesaikan masalah tetapi sekarang tidak
diamalkan lagi. Cadangannya supaya protes dihentikan supaya Tubua kembali aman.Namun
jawapan anak muda mereka bukan tidak
mahu berbincang tetapi sekarang
perbincangan trsdisional telah berpindah ke Dewan Presiden yang tertutup
sehingga jarang-jarang keputusan dapat didengar.Kesan sake menyebabkan suara
lelaki tua itu berubah-rubah.
Lelaki tua itu
seterusnya ingin tahu kesan dari pembangunan tersebut. Mengikut tuan rumah kesan pembangunan tersebut rumah tangga dan
keluarga akan tunggang-terbalik, gondolan bukit-bukit, hakisan tanah dan merosakkan kolam air panas semula jadi. Kawasan tadahan hujan juga akan musnah
menyebabkan Ogonshoto akan mengalami
kekurangan air.
Keesokan hari
lelaki tua itu mengepalai perarakan dengan penuh semangat menuju Tubua.
Menjelang malam mereka tiba di Tubua dan bermalam di sana. Mereka meneruskan
perarakan ke Tatamanu keesokan harinya. Pemuda dua puluhan yang bersama lelaki
tua mula menyedari perubahan pada lelaki
tua itu. Lelaki tua itu beberapa
kali menepuk dahinya, mengusap jambangnya dan menoleh ke belakang ke arah
kumpulan ramai yang memekik memarahi presiden. Perubahannya amat nyata ketika
perarakan menghampiri simpang
tiga.
Apabila jarak
antara para demonstrasi dengan tentera lebih kurang 500 meter lelaki tua
berhenti dan memberi isyarat supaya berdiri di tempat masing-masing. Lalu dia
menapak 20 langkah ke hadapan kemudian tunduk berfikir. Tiba-tiba lelaki tua
meluru ke arah tentera sambil menjerit, "dari Kuri".
Bom asap bewarna kuning dilepaskan. Para demonstrasi bertempiaran lari
menyelamatkan diri. Akhirnya apabila bom asap hilang lelaki tua turut lenyap entah ke mana. Malam itu lelaki yang pernah
menjadi ketua protes merenung bayangnya di cermin. Tatkala memandang cermin
terbayang wajah lelaki tua dari kuri itu sekiranya kaca mata ditanggalkan,
janggut ,misai dan jambang dicukur lalu dipakaikan sut, kemeja dan tali leher
wajahnya menyerupai Presiden.
Keesokan harinya teori penyamaran tersebar luas di Tubua.
Namun akhbar tunggal Ogonshotto menyangkalnya dengan mengatakan presiden terus
bertugas di pejabatnya empat jam selepas kembali daripada Peru.Begitu juga
minggu berikutnya beberapa orang daripada Malagana, Aitu,Ture, Pukana dan
Ruakita datang ke Tubua.Sambil minum-minum di kedai kopi mereka bergaul dengan
penduduk tempatan lalu memberi pendapat bahawa penyamaran Presiden itu karut
kerana ada yang menyatakan terlibat menyambut dan menghantar Presiden ke
istana.
Teori penyamaran tidak pernah luput daripada
pemikiran lelaki ketua protes kerana dia masih ingat percakapan lelaki tua semasa mabuk sake lenggok bahasa Kurinya
bercampur dengan lenggok bahasa yang
agak baik di Tatamanu.Juga lelaki tua itu
tidak pernah menanggalkan kaca mata
hitamnya.
Ungkapan "dari Kuri"
dari orang tua itu juga baginya merupakan kata-kata rahsia apabila memerlukan
pertolongan segera. Misteri penyamaran tidak pernah terjawab kerana pentadbiran
Presiden seperti tembok istananya yang tebal. Mungkin sake yang keras dapat
memaksa seseorang bercakap benar.
BAB 4
AISBERG
Tujuh buah kapal telah berjaya
menarik aisberg raksaksa ke utara. Aisberg kedua yang lebih besar degerudi,
dipahat dan diikat. Lebih kurang pukul sembilan malam barulah aisberg kedua
mula bergerak. Aisberg ditarik ke
Ogonshoto kerana dua bulan lagi akan mengalami kemarau keras sembilan
bulan.Sejak beberapa minggu hujan tidak
turun. Bukit-bukit Gora-Gora telah
lama gondol dan sungai-sungai kering kontang. Siang hari di Ogonshoto
begitu panas , kering membakar kulit bumi, manusia dan haiwan. Kejayaan menarik
aisberg di sampaikan ke Tatamanu. Radio dan TV menyiarkan ucapan Presiden
dengan nada gembira dan menganggap 14 nakhoda itu pahlawan baharu Ogonshoto.
Dia percaya di Pasifik hanya Ogonshoto
yang berani menarik aisberg. Ucapan Presiden menggembirakan Ogonshoto namun yang lebih gembira ialah 15 orang iaitu
ejen mendapatkan pakar aisberg dan 14 tuan kapal yang mendapat kontrak
tersebut.
Namun menurut wartawan TV Japan News Network
saluran 6 Ogonshoto tidak perlu
mengeluarkan belanja sekiranya bijaksana mengurus alam sekitar terutama kawasan
tadahan di Gora-Gora.Sejak berita penarikan aisberg tersebar Teluk Pinavana
sering dikunjungi penduduk. Antaranya lelaki
tua dari Runakita. Mereka membayangkan kapal-kapal dan gunung ais. Mereka
lupa langit dan bumi Ogonshoto semakin kering, tanah mulai retak, pohonan mulai
layu.Lelaki tua itu beranggapan mungkin benar suatu hari nanti gunug ais itu
akan tiba. Dalam perjalanan ke perahu dia membeli empat belas tong air di
Tatamanu.Sepanjang perjalanan balik ke
Runakita dia akan berhenti mengambil air jika menemui sumbernya atau ada yang
menjualnya.
Beberapa buah
syarikat pembalakan dilantik memotong aisberg menjadi bongkah-bongkah.
Tuan-tuan punya kren dipilih terus bertanggungjawab untuk mengangkat
bongkah-bongkah ais ke atas geladak atau lori kelak. Lori-lori pulak akan
mengangkut bongkah-bongkah ais ke
tangki-tangki air.Setiap orang boleh membawa pulang ais potong mengikut saiz
yang terdaya dibawa.Catuan air tetap akan dikenakan selama sembilan bulan
walaupun tangki-tangki utama akan dipenuhi air sehingga hujan lebat
turun.Keputusan itu diumumkan di radio,televsyen dan akhbar.Buat pertama
kalinya akhbar menyiarkan gambar setiap aisberg ditarik tujuh kapal.Berita itu
sudah memenuhi setengah impian mereka tentang air dan setengah lagi harus
ditunggu saat ketibaan aisberg di Teluk Pinavana.
Seminggu sesudah
berita itu diumumkan, barulah lelaki tua itu mendengarnya melalui tetangganya
kerana ketiadaan TV dan radio di rumahnya dan juga dia buta huruf.Lelaki tua itu menggali kolam di belakang
rumahnya. Sambil menggali kolam dia
berfikir untuk mengisi tujuh tong airnya
yang masih kosong. Dia menggali
di bawah matahari membakar hampir tanpa henti sepanjang hari kecuali untuk
makan dan minum.Tetangganya lelaki tua memberitahu kontraktor pemilik kren di pelabuhan dan pemilik gergaji
raksaksa telah memberi kata dua kepada admonistrator tinggi Ogonshotto supaya
bayaran digandakan tiga kali dan dilunaskan sebelum aisberg tiba.Lelaki tua itu
memagari kolamnya. Jiranya memberitahu pentadbir Ogonshotto bersetuju memenuhi
tuntutan pemilik kren dan gergaji rasaksasa. Begitu juga pemilik lori dan kapal
akan diberi bayaran tambahan.
Lelaki tua itu
terus menggali. Sambil itu dia berusaha memenuhi tujuh tong airnya dengan
memasak air laut di mana harapanya titisan air daripada wap yang dihasilakan
dapat memenuhi tong airnya.Dia bekerja siang dan malam mendalamkan kolamnya
hingga sampai pada dasar yang pejal dan keras. Hampir tiga bulan jirannya tidak
muncul untuk bercerita tentang aisberg membuatkan lelaki itu tertanya-tanya apa
telah terjadi kepada aisberg.Lelaki tua itu lega kerana tujuh tong airnya telah penuh berisi air. Dalam kelegaannya
itulah di dasar kolamnya terpancar mata air.
BAB 5
MAINAN
Telah sampai masa
untuk memulakan permainan. Pemuda itu melambungkan tupai jantannya ke udara dan
dengan pantas kedua-dua tangan memegang temiang,membidik tupai kerawak jantan
namun tersasar. Begitu juga percubaan keduannya tersasar hanya seinci dari kaki
belakang tupai.Dia terus mengejar tupai tersebut dan mulai memahami erti
keseronokan permainan tersebut yang tidak terdapat di Kiribati dan Banaba
tempat kelahirannya. Mustahil dia akan terlibat dalam permainan itu kalau telah
maut ketika hanyut lebih enam puluh hari di lautan beberapa tahun dahulu. Dia
berasa kesal kerana dua kali tersasar damaknya sedangkan sebelum ini
damak-damaknya menusuk sasaran. Dia kembali
mengigati sesalanya beberapa tahun lalu kenapa dia tidak berpatah balik
ke pantai Banaba yang masih kelihatan.Kehilangannya akibat dipukul ombak ketika
itu dicari oleh keluarganya.Ibunya bermimpi yang membawa alamat
kematiannya tetapi sebaliknya mendapat berita gembira di mana dia telah
dijumpai hampir maut di pantai barat
Gora-Gora.Dia dirawat di hospital Tubua selama tiga minggu.Hampir setiap hari
akhbar Ogonshoto menyiarkan kisah 'mati hidup semula' pemuda dari Banaba itu.
Hasrat Presiden ingin mengambilnya
sebagai anak angkat mendapat pujian media Ogonshoto.Tindakan itu atas dasar
kemanusiaan dan persahabatan dua negara.Namun
bagi pihak pembangkang jika pemuda itu bukan dari Banaba mustahil Presiden
mengambilnya sebagai anak angkat kerana Banaba mempunyai sejarah panjang
untuk bebas daripada kolonial Kiribati . Secara
simbolik Presiden menyokong idea pemisahan. Pemuda itu bingung untuk memulakan
hidup baru di negara asing sebagai anak angkat Presiden. Lalu dia mengambil
keputusan lebih banyak diam daripada
berkata-kata.Dia diberikan tugas bekerja di stor sukan.Dia memperlihatkan
disiplin serta dedikasi yang tinggi. Kemudian ditugaskan pemakanan
istana.Beberapa tahun kemudian namanya menjadi buah mulut para pekerja istana
kerana kerajinannya, dedikasi dan amanah.
Lebih kurang sebulan lalu dia
berjaya menangkap tupai kerawak dan
membelanya dalam sangkar.Suatu hari seorang pekerja istana menceritakan tentang
permainan turun- temurun di Ogonshoto.
Permainan itu diadakan sehari selepas
gerhana mtahari penuh iaitu permainan memburu
peliharaan.Pada zaman dahulu penduduk asli dijadikan buruan sehinggalah
dihapuskan oleh penjajah Eropah. Waktu permainan ialah dari matahari gelincir
rembang sampai matahari terbenam. Setiap pemburu hanya dibenarkan menggunakan
senjata tiga kali sahaja. Andai tiga kali senjata digunakan namun buruan
tidak mati maka binatang itu dibiarkan lepas dan pemburu mesti pulang tanpa menoleh
ke belakang.Jika pemburu melepaskan binatang peliharaan yang paling disayangi,
semakin bermaknalah permainan itu.Tempat permainan sekitar kaki gunung berapi hingga ke pinggang gunung berhutan. Di
pinggang gunung yang berhutan kata orang terdapat kediaman sejumlah kecil resi.(orang pertapa).
Pemuda itu pun membeli sebatang temiang dan sejumlah damak.
Dari minggu ke minggu dia berlatih menggunakan temiangnya hinggalah berjaya
mengenai sasarannya. Menjelang gerhana matahari penuh semua damaknya mengenai
sasaran. Dia memanggil Presiden dengan panggilan ‘Papa’ atas permintaan Presiden sendiri. Menurut pekerja
istana ‘Papa’ tidak pernah ketinggalan
berburu semperna dengan peristiwa
gerhana matahari penuh. Binatang buruan ‘Papa’ seperti musang, babi hutan dan
seekor beruk. Pemuda itu teringat
semasa di Banaba dia mendapat keputusan cemerlang dan tergolong dalam sepuluh pelajar terbaik bagi seluruh
Karibati. Mengisi masa lapangnya sementara menunggu keputusan penempatan kolej
serta biasiswa pemerintah Australia di berperahu menagngkap ikan. Hari malangnya tiba apabila tidak berpatah balik ke Banaba lalu
dilanda badai barat. Setelah menetap di Ogonshoto dan menjadi anak angkat
Presiden hidupnya bagai di syurga.
Kemewahan dikecapi seperti bilik yang indah, perpustakaan menarik, makanan
bermutu, pakaian cantik, elaun bulanan yang tinggi, beberapa buah kereta
peribadi, beberapa pengiring, bergaul dengan orang ternama dan dilantik sebagai
ahli lembaga pengarah syarikat besar Ogonshoto. Dia berasa terhutang budi kepada
Presiden.
Hari yang ditunggu pun tiba. Dia melihat ‘Papa’ tidak ada
binatang di hadapannya.’Papa” menyeluk saku, mengeluarkan tangan sambil
sambil menunduk mencecah tanah lalau membuka tapak tangan seolah-olah
melepaskan sesuatu kemudian mengejar mainannya.Tupai kerawak pemuda berjaya mengelak
dua bilah damak beracun lalu lari melompat lebih pantas daripada mainan
Presiden. Pemuda Banaba sekarang mendahului
presiden mengejar tupainya ke dalam belukar. Ketika bunyi gendang dan gong
sayup-sayup, jauh di kaki gunung pemuda terdengar suara Presiden yang
menyuruhnya tunggu. Dalam fikirannya
adakah Presiden akan menolongnya
menembak buruannya dan mereka akan kembali
sebagai pemburu yang berjaya.Namun sebaliknya apabila Presiden mengacukan
pistol ke arahnya. Das kedua tembakan menembusi
lengan kanan pemuda Banaba. Das ketiga mengenai betis kirinya. Pemuda itu lari terjengket-jengket menjauhi
Presiden. Apakah yang tersirat dalam hati presiden?.Adakah dia mainan presiden.
Itulah yang bermain dalam fikiran pemuda Banaba.
Apabila sampai di
pinggang gunung berapi Gora-Gora dia menunggu
hingga matahari tenggelam untuk kembali ke istana.Tiba-tiba muncul
Presiden lalu tembakan keempat
dilepaskan yang menghancurkan tapak
tangannya. Muncul pula tentera elit
presiden memotong lidah dankedua-dua pergelangan tangannya. Presiden memberi amaran supaya jangan kembali ke istana dan berada di Ogonshoto. Persoalan timbul
dalam fikirannya adakah dia mangsa
permainan ? jika benar sepatutnya dia ditinggalkan sesudah tiga kali
ditembak kerana itu peraturan permainan. Namun peraturan permainan tidak
dipatuhi Presiden. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan seterusnya
kerana dia tidak mungkin kembali ke
istana atau keluar dari Ogonshoto kerana tanpa lidahnya dia bisu.Dia terus meredah ke puncak dengan harapan bertemu resi. Tetapi akhirnya resi telah menemuinya dan merawat
kakinya dahulu. Timbul persoalan dalam fikiran pemuda Banaba mengapa dia menjadi binatang buruan.
Adakah kerana dia menyembunyikan
kepintaran bahasa Inggerisnya di mana dengan kepintarannya dia telah membaca catatan-catatan peribadi
serta novel-novel Presiden ataupun disaat-saat akhir presiden memilihnya
sebagai buruan kerana tidak membawa
apa-apa ke medan perburuan. Sekarang dia mula menyesali betapa palsunya dunia warna warni Ogonshoto. Pintu
Ogonshoto sudah tertutup baginya dia menggerakkan jari kakinya berlatih menulis
aksara demi aksara. Sekarang barulah dia
memahami sebab-sebab resi mengubati kakinya dahulu.
BAB 6
PENTAFSIR
Seorang lelaki tua
yang gemar menyelam merupakan satu-satunya resi yang dikenali penduduk Aitu. Orang-orang Aitu percaya
ketika menyelam lelaki tua itu bukan sahaja memencilkan diri dalam lautan malah
telah meninggalkan kekotoran di atas garis pantai.Dengan menyelam dirinya dapat
‘menyelami’ erti kesucian dan kebenaran.
Orang tua itu berwajah lembut dan tenang dengan sepasang mata jernih yang tidak
sanggup ditentang. Dia enggan bercakap banyak. Katanya terpilih dan tidak
mempunyai makna tunggal.Terdapat seorang
penduduk Aitu yang cuba mendampinginya di daratan selama sepuluh tahun lalu. Pendamping itu telah menerima dan
belajar menggunakan bahasa resi tentang serpihan-serpihan kehidupan. Selama
beberapa bulan pendamping cuba mencantumkan serpihan pelbagai warna dan makna.
Akhirnya dia berpendapat masanya telah tiba untuk memperagakan seluruh cantuman
menurut tafsirannya sendiri.
Pada suatu petang
pendamping bercerita kepada rakannya yang tidak ke laut. Megikut katanya
sekarang dia bukan lagi pendamping tetapi sebagai seorang pentafsir. Pada masa dulu
di Aitu terdapat hanya sebelas rumah
termasuk keluarga resi. Aitu jauh terpencil di Ogonshotto di mana penduduknya
cepat tidur dan lambat bangun. Pada suatu hari perkampungan itu dilanda debu gunung berapi dan kematian
seekor paus terdampar di pantai Aitu.
Dua petanda buruk datang serentak iaitu
satu dari puncak daratan dan satu
lagi dari lantai lautan. Si resi muda mula melihat jiran tetangga mula
menjadi pentafsir mencari jawapan mengapakah Tuhan menghantar tanda-tanda buruk ini. Tafsiran bertambah
dari hari ke hari. Pada hari kedelapan resi muda menyelam untuk membersihkan
dirinya daripada debu gunung berapi dan bau bangkai paus. Tetapi pada peringkat
seterusnya ketika sendirian dalam air
dia teringat akan pelaajarannya dengan
resi tua dahulu. Dia mula
mentafsir tentang Tuhan mengutus tanda-tanda celaka di daratan.
Aitu didatangi
sebuah kapal besar dari Tatamanu. Kelasi kapal memberitahu sejak sepuluh hari lalu Ogonshoto mempunyai Presiden baharu.Penduduk Aitu begitu mengenali Presiden baru yang mempunyai riwayat
hidup yang luar biasa iaitu kepintaran nya yang menjadi teladan anak-anak
muda Eropah. Begitu juga rasa tidak malunya mempunyai ibu yang tua dan hodoh
dengan memeluk kaki ibunya di pantai.Keesokan harinya semasa resi menyelaman mata hatinya kembali merenung dua tanda petaka
itu.Ketibaan tanda petaka itu
menurut pemikirannya mengiringi detik
pelantikan presiden Ogonshoto, iaitu dua
tanda buruk dan satu peribadi luar biasa.Baginya sukar untuk memahami
hubungan ini.
Presiden akan
datang ke Aitu sempena seratus hari
pertama Presiden berkuasa. Tujuan kedatangannya untuk merancang
pembangunan Aitu serta mengadili satu sayembara.Sayembara itu tentang ‘ciptaan yang hidup’ dan hadiahnya sebutir
kelapa emas. Penghuni Aitu
kebingungan dalam membuat tafsiran ‘ciptaan yang hidup’ hanya tiga orang yang berani menyertai sayembara
itu. Seorang daripadanya resi muda. Si resi muda menyelam beberapa kali untuk
mentafsir ‘ciptaan yang hidup’. Akhirnya dia
berpendapat yang mampu dilakukan
hanya menjadikan benda tidak hidup ciptaannya tampak seakan-akan hidup.
Ciptaan itu mesti meniru sesuatu yang hidup.Resi mula menbuat ciptaannya dengan
mengambil tanah liat, mengumpul beberapa helai daun tembakau, beberapa jenis
buah dan daunan yang boleh direbus menghasilkan warna. Akhirnya saiplah
ciptaanya.
Apabila tiba hari
pertandingan ketiga-tiga peserta membawa ciptaan masing-masing ke tepi pantai.
Akan tetapi tidak seorang pun dapat melihat ketiga-tiga ciptaan itu kerana
semuannya dibungkus. Hanya Presiden yang boleh menghampiri ciptaan-ciptaan itu.
Presiden turun dari kuda dan membuka kain penutup ciptaan peserta. Pesrta
pertama dan kedua tidak berjaya kerana
ciptaan mereka menyalahi tafsiran. Apabila tiba pada ciptaan resi Presiden
melompat naik pelana lalau bergerak pada jarak yang agak jauh. Dari jarak yang
agak jauh ciptaan resi menampakkan
ikan-ikan daripada tanah liat memeperagakan warna-warni tubuh sama ada bewarna
tunggal atau pancawarna.Ikan-ikan itu tampak berkejaran berenang . Segalanya seperti hidup padahal yang sedang
bergerak hanyalah air laut yang mulai
pasang sedangkan ikan-ikan itu tetap tidak hidup di atas pasir putih pantai
Aitu. Presiden mengeluarkan kelapa emas sebagai hadiah. Pandangan resi buah
kelapa itu bukan ditempa daripada emas mungkin sebuah kelapa kuning biasa yang
dilumur minyak agar tampak berkilau.Presiden menghampiri ciptaan resi lalu
dilontarkan kelapa itu menghentam segala
ikan ciptaan resi hancur ditelan lautan. Bagi penduduk Aitu mungkin begitu
cara seorang presiden memberi hadiah namun bagi
resi cara Presiden itu menampakkan kebodohan seorang yang dianggap terpelajar.Kelapa
emas dihanyutkan laut.Resi buat pertama kalinya mengarahkan semua penduduk
balik kecuali dirinya. Malam itu resi melakukan ritual penyelaman sepanjang
malam. Semasa timbul untuk kali penghabisan terlihat olehnya sekumpulan
ikan-ikan bewarna-warni berenang mengelilinginya. Ikan-ikan itu mengingatkannya
kepada iakan-ikan daripada tanah liat ciptaannya. Pada fikirannya mungkinkah Tuhan mengganti ciptaannya dengan ciptaan yang benar-benar hidup.Semasa penyelaman
kali terakhir dia ternampak beberapa ekor hidupan laut, bertubuh bulat ,
berduri tajam memamah karangan laut.Bentuk hidupan itu mengingatkannya kepada
kelapa emas. Tafsiran resi muda Tuhan telah menggantikan ciptaanya dan juga menggantikan hadiah Presiden itu di
mana dua benda yang tidak hidup, sekarang menjadi sesuatu yang hidup. Yang satu indah pancawarna dan yang satu lagi
kelabu merosak karang.Dia mulai berasa yakin
bahawa kuasa baik sedang diintai oleh kuasa jahat. Bandingan ini dapat mengaitkan dua tanda celaka itu dengan perlantikan Presiden.Bagi resi Tuhan tidak
pernah berlaku silap apabila menghantar isyarat-isyarat ke dunia.
Pada resi walaupun
dia kerdil untuk melawan presiden namun
dia tetap tidak boleh berdiam diri. Wajar
baginya hidupan laut perosak karang itu dimusnahkan yang secara perlambangan merupakan
pernyataan sikap terhadap pemerintahan
Ogonshoto.Bagi pemikiran resi sesiapa yang melawan kuasa jahat akan diberi balasan nirwana. Sebab itulah hingga sekarang mengikut pentafsir resi itu sering bertapa
di laut sambil membunuh hidupan laut perosak karang.
Dua puluh hari
selepas pendedahan pendamping resi tentang tafsirannya. Aitu dikunjungi oleh seorang dari pejabat Presiden di Tatamanu.
Dia bertanya pentafsir tentang benarkah lelaki tua itu ada menyebut tentang
imbuhan nirwana kepada sesiapa yang membunuh hidupan laut perosak karang
itu.Pentafsir mengiakan lalu disuruh membawanya berjumpa lelaki tua tersebut.Keesokan
harinya mereka pergi bertemu resi tua yang ketika itu bersiap-siap hendak ke
laut. Orang dari Tatamanu itu mengatakan
resi tua boleh dihukum kerana memberi pendapat yang mengelirukan iaitu imbuhan nirwana kepada sesiapa yang membunuh hidupan laut perosak karang.
Imbuhan nirwana hanya ditentukan Tuhan jawap resi tua. Jawapan resi tua amat
mudah bagi orang Tatamanu di mana dia
tidak perlukan pentafsir untuk
membuat tafsiran kerana baginya apa
yang dikataka resi itulah maknannya tanpa perlu tafsiran. Mendengar resi tua
berkata " Akan tiba" orang
Tatamanu menjawab dia akan menunggu ketibaannya. Dia membuat tafsirannya Tuhan
akan datang dari laut. Dia menunggu ketibaan Tuhan kerana Tuhan yang hanya boleh memberi
jawapan. Tafsirannya tidak dipercayai penduduk Aitu. Orang Tatamanu itu
menunggu Tuhan setiap hari di pantai. Beberapa penduduk kasihan melihatnya lalu
dibuatkan pendok kecil dan diberikan makanan kepadanya. Beberapa Tahun kemudian
orang dari Tatamanu itu meninggal dunia
dengan matanya terbuka memandang ke laut.Mayatnya dibawa pulang ke
Tatamanu.Akhirnya terjawab juga maksud "akan tiba" di mana pentafsir
membuat tafsiran iaitu ada kebenaran yang hanya akan
ditemui di dunia yang akan datang iaitu di hadapan Tuhan.Resi menangis
teresak-teresak apabila mendengar tafsiran pentafsir tanpa berkata apa-apa lalu
memegang lengannya berjalan seiring. Pada fikiran pentafsir itu menandakan resi tua menyetujui
pendapatnya.
BAB 7
JARI
Seorang guru yang
pernah menjadi guru sains sekolah Tinggi Tatamanu kini mengajar di pedalaman
Kuri. Yang menarik
perhatian rakan dan jiran tetangga ialah sepotong jari berendam cecair pengawet
dalam sebuah tabung kaca turut dibawa pindah dari Tatamanu. Pada suatu hari
ketika guru kidal itu tidak ke sekolah mereka ke rumahnya untuk bertanya
tentang jari tesebut. Guru kidal itu mengisahkan riwayatnya kepada tetamunya.Beberapa
tahun lalu golongan pengkritik mengkritik pemerintahan Ogonshoto terutama Presiden yang tidak lagi mahu mendengar pendapat orang
lain termasuk peribumi.Namun
reaksi Presiden ialah secara tegas menyebut sesiapa sahaja bebas untuk memberikan kritikan konstruktif, tanpa perlu
berasa takut dan khuatir, tanpa tanggapan karut sang pengkritik konstruktif,
atau keluarganya, atau saudara-maranya akan dikenakan tindak balas yang keras
dari pemerintah.Lalu guru kidal itu memberitahu siswanya tentang
kepincangan kerajaan. Walaupun memeranjatkan banyak pihak tetapi tiada sebarang
tindakan ke atasnya. Guru kidal mulai yakin kata-kata presiden tentang
demokrasi Ogonshoto akan menjadi contoh
terbaik fahaman demokrasi moden di Pasifik.
Tidak lama kemudian
dia menyiapkan makalah yang agak panjang
untuk akhbar Ogonshoto. Dia mempertaruhkan
jari manisnya akan dikerat jika
makalah itu diterbitkan dan tiada apa-apa tindakan dikenakan kepadanya dan
keluarganya. Beberapa hari kemudian
makalahnya yang bertajuk "Daratan" diterbitkan.Makalah yang mengisahkan tentang Adam yang terapung di
angkasa mencari daratan di dunia. Daratan yang dulunya milik peribumi Ogonshoto kini telah dibahagikan oleh
Presiden kepada musuhnya untuk memenangi hati mereka dan kepada pengikut
setianya tanpa mengkaji implikasinya. Tanah pemberian Presiden kepada bekas
musuh politiknya membuatkan mereka lupa
perjuangan asal dan membangunkannya dengan bantuan pelabur asing atau menjualkannya terus kepada orang Amerika dan Eropah. Kesannya harga tanah berlipat ganda meningkat tidak
mampu dimilki rakyat tempatan.
Ponyokong kerajaan yang mendapat tanah juga akan terus menjualkannya tanah masing kerana sasaran mereka hanyalah lima tahun, atau lima tahun akan datang
apabila pemilihan umum diadakan.Ini berlaku kerana untuk mengukuhkan ledudukan mereka
perlu ada wang.Akibatnya Ogonshoto
sedang mengecilkan daratan.Misalya tujuh puluh peratus daratan Futu-Ata
dimiliki orang-orang Jepun. Begitu juga di tempat-tempat lain banyak kawasan
daratan dimiliki orang-orang Inggeris, Amerika, Australia, New Zealand, Jerman,
Itali, Switzerland dan Perancis. Sekali mereka mendapat tanah daratan mereka
tidak akan melepaskannya. Dia mengakhiri tulisannya dengan menyebut pembinaan
stesen angkasa adalah kerana manusia ghairah mencari daratan baru di atas sana. Ogonshoto terus menyerahkan daratan kepada bangsa-bangsa lain, mengabaikan peribumi
sendiri.
Setelah dua bulan
berlalu tanpa apa-apa tindakan dia mulai percaya bahawa demokrasi mulai segar
kembali di Ogonshoto. Lalu guru kidal tersebut teringat akan
janji-janjinya.Namun sukar baginya untuk memotong jarinya. Lalu dia pergi ke perumahan para lepra (penyakit
kusta). Di sana dia menemui sahabatnya bekas tukang kayu yang telah dipindahkan
ke kawasan perumahan tersebut kerana mengidap penyakit kusta.Di sana sahabatnya memotong jari manisnya .
Sahabatnya menganggap perbuatannya sebagai bodoh.
Hukuman datang lewat setepas dia
mengorbankan sebatang jarinya di mana
dua minggu kemudian setelah lukanya kering barulah dia menerima surat mengarahkannya pindah dalam tempoh dua puluh empat jam. Jadi dia
telah dipindahkan ke pedalaman sebagai hukuman atas penulisan makalahnya.Begitu juga terjadi
kepada saudara maranya yang
menyalahkannya kerana mereka turut menerima hukuman atas perbuatannya.
Beberapa minggu
kemudian pedalaman Kuri gempar kerana gabungan
tiga syarikat Turki, Jepun dan Jerman akan datang menebang hutan di kawasan
itu untuk dijadikan padang golf.Guru
itu menganggap perbuatan itu gila kerana
Ogonshoto pernah dilanda kemarau parah selama sembilan bulan akibat penebangan hutan dan kawasan tadahan
dimusnahkan.Kesanya ratusan orang telah mati ada yang terpaksa meminum air kencing sendiri. Guru itu berani mempertaruhkan jari
hantunya dengan yakin projek itu tidak akan dilaksanakan kerana belum
mendapat kelulusan kajian alam sekitar. Bagi penduduk Kuri guru itu seorang yang mempunyai keyakinan
luar biasa kerana setelah kehilangan jari manisnya atas pertaruhan yang sia-sia
sekarang dia mempertaruhkan jari hantunya pulak.Keyakinan guru itu berdasarkan
Ogonshoto telah belajar daripada peristiwa kemarau yang lalu.Dia yakin tidak
akan kehilangan jari hantunya.
Projek diKuri di batalkan kerana bantahan kumpulan pencinta alam sekitar yang mengemukakan kajian ilmiah setebal tujuh puluh lima halaman.
Berita itu tersiar di radio, guru menari-nari mengangkat tangan kanannya tanda kegembiraan
lebih-lebih lagi jari hantunya terselamat. Orang-orang
Presiden gembira kerana projek itu dibatalkan dan memarahi pegawai negeri itu
lalu mengenakan tindakan terhadapnya kerana telah meluluskan projek bukan
kepada orang-orang presiden. Presiden menyuruh orang-orangnya bersedia
untuk mengambi alih perojek itu pada ketika yang sesuai iaitu ketika kemarahan
pecinta alam telah reda kerana projek itu menguntungkan. Apa yang akan mereka
lakukan ialah mewujudkan golongan pecinta
alam bikinan mereka untuk menyediakan laporan balas lapan puluh halaman
yang menyokong agar hutan pedalaman Kuri boleh ditebang.
Guru berhasrat
ingin mengadakan jamuan thanksgiving petang esoknya kerana
bersyukur hutan pedalaman kuri
selamat dan lebih-lebih lagi jari hantunya terselamat tidak akan bercerai
daripada tapak tangannya. Petang sabtunya jiran-jiran datang menolong dan
jamuan iti berlangsung dengan meriahnya. Akan tetapi kemudian berkemundang di
radio penguguman daripada pejabat Presiden tentang Rancangan pembinaan di pedalaman Kuri
diteruskan di mana dua buah syarikat antarabangsa dari Amerika dan Scotland
terlibat dengan memindahkan konsep tradisional St. Andrews. Dengan itu
Ogonshoto akan memiliki padang golf bertaraf antarabangsa dan sekali gus
Ogonshoto akan sedarjat dengan negara-negara kapitalis yang maju di
dunia.Kerajaan mendapati laporan pencinta alam yang berpejabat di Kuri
mengandungi banyak kesilapan fakta dan data. Berpegang kepada laporan golongan
pecinta alam Tatamanu projek itu tidak memudaratkan Kuri, Futu-Ata atau
Ogonshoto dalam jangka masa pendek atau panjang.
Penduduk Kuri
menasihati guru itu supaya tidak menunaikan janjinya kerana akan mecacatkanya
nanti namun guru itu berkata dia
bukannya seorang yang suka berdolak-dalik.Lalu dia menghubungi perumahan penghidap lepra
dengan telefon untuk bercakap dengan rakannya.Jawapan yang diterima ialah
rakannya telah meninggal dunia tiga hari yang lalu. Dia sugul lalu ke dapur menggunakan kapak kecil memotong jari
hantunya. Para tetamu meluru ke dapur di mana mereka mendapati guru itu
terjelepok di suatu sudut mungkin pengsan. Darah merah berhamburan di
lantai.Jari kirinya memegang jari hantunya. Di dinding beberapa kaki atas
kepala guru terlihat tulisan darah, TERRA FIRMA!
BAB 8
KAMERA
Tentang seorang
pemuda yang baru pulang dari Tokyo ke
Tatamanu.Dia telah dipilih dan di hantar ke Tokyo di bawah program Penyelidik Muda Asia-Pasifik.
Pada mulanya dia tidak menaruh sebarang harapan kerana ada beberapa orang
penyelidik muda lain yang berbakat di Tatamanu. Dia pula berasal dari Runakita
kota pambangkang dan lebih buruk lagi abang
tuanya dahulu merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang telah menghilang
diri hingga sekarang. Dia ditempatkan di sebuah politeknik pinggir Tokyo.
Di Ogonshoto sejak di sekolah dasar dia tidak pernah dididik secara formal
untuk memahami dan menikmati kesenian.Oleh itu dia tidak meminati teater
tradisional seperti teater Noh yang
hanya melelapkan matanya. Cuma satu kesan daripada menonton teater Noh ialah topeng-topeng yang dipakai
pelakonnya.Baginya, bagaimana kalau banyak manusia memakai beberapa topeng di
dunia ini, hingga menenggelamkan peribadi sebenar.
Setelah empat bulan di Tokyo sebelum kembali ke
Ogonshoto dia ke Bandar Elektrik Akihabara membeli beberapa barangan untuk kamera eksperimentalnya. Iaitu sebuah
kamera hitam, perakam suara saiz mini, sebuah radio transistor, termometer
elektronik, pengesaan pergerakan udara elektronik, buku elektronik tentang
jadual cuaca global, sbuah kalendar elektronik dan beberapa utas wayar yang
sesuai.
Sayangnya semasa
penerbangan dia hanya membawa kamera hitam ke kabin. Masanya terbuang.
Andaikata dia membawa semua barangan elektronik itu ke kabin bolehlah dia
memasang kamera eksperimentalnya itu. Semasa di dalam
teksi dalam perjalanan pulang sewakyu menyelak akhbar dia ternampak iklan
akhbar seperempat halaman memuatkan foto seorang lelaki tua bekas komandan tentera yang memohon maaf kepda semua pihak
atas kesilapannya sepanjang berkhidmat dalam angkatan tentera Ogonshoto. Pemandu
teksi memberitahu sejak dua minggu lalu dia sakit dan meracau dan ramai orang
ke rumahnya yang kemudian mendengar cerita tentangnya. Anank-anaknya tidak
seorang pun datang untuk menjaganya. Hanya isteri tua yang lumpuh
menjaganya.Dia menyuruh pemandu teksi
membawanya ke rumah komandan tersebut.Sesampainya ke rumah lelaki tua bekas
komandan itu dia pun menghampiri pintu untuk masuk tetapi langkahnya terhenti
kerana terdengar suara orang mengerang dan bercakap-cakap. Dia ke jendela yang
terbuka memerhatikan keadaan rumah dari luar.
Seorang lelaki tua,
bekas komandan terbaring dan mengerang di atas katil. Isterinya yng sudah tua
dan lumpuh duduk di atas lantai simen di sisi katil.Ada seorang lelaki tegap
sedang berdiri menentang bekas komandan itu. Lelaki tegap itu mengatakan bekas
komandan itu bodoh kerana memohon maaf kerana betapa besar salah dan dosa bekas
komandan dia hanya perlu memohon maaf kepada Tuhan. Bekas komandan menjawab dengan mengatakan sejak beberapa minggu
lalu dia teringat semula kejahatan yang dilakukannya. Terbayang di matanya
mayat-mayat mereka hidup semula datang membalas dendam. Lelaki tegap itu
mengatakan bekas komandan itu tolol kerana sudah didoktrinkan dan diajar supaya
tidak berasa berdosa demi Presiden dan Republik.Tiba-tiba bekas komandan
menjerit sambil menuding siling rumah sambil
berkata lelaki aktivis hak asasi menjelma di mana dia ingat lima tahun lalu di
jurang gunung berapi Gora-Gora semuanya berlaku atas perintah sulit presiden. Lelaki tegap menyambar bekas komandan
untuk di bawa ke hospital tentera dan tiga jam lagi isterinya
pula akan dibawa ke rumah orang tua-tua.
Di dalam kamar
rumah bujangnya di Tatamanu dia memasang kamera eksperimentalnya. Akhirnya
kamera eksperimentalnya siap. Dia mencuba kamera eksperimentalnya. Hasilnya
berjaya di mana dia dapat merakam
peristiwa yang telah berlaku. Mengikut rakannya ciptaan ini luarbiasa.Dia
menceritakan kepada sahabatnya tentang apa yang didengarnya semasa bekas komandan meracau iaitu tentang
peristiwa di kawah gunung berapi Gora-Gora dan tentang aktivis hak asasi.
Baginya mungkinkah lelaki aktivis itu
abang tuanya. Dia mengajak rakannya mendaki gunung berapi Gora-Gora untuk
mencari bukti. Setelah dua hari mereka tiba di puncak. Mereka dapat melihat
beberapa imej hitam putih di pemidang tilik kamera eksperimental lalu mengelik beberapa kali.Apabila dicuci
filemnya hanya tiga frame yang menjadi. Pencipta kamera eksperimental itu menjerit
apabila mengenali wajah seorang lelaki yang matanya diikat dengan sehelai kain
iaitu abanya tuanya sendiri.Foto
satu gambarnya mata abang tuanya diikat dengan sehelai kain dengan kedua-dua
tangannya digari kebelakang. Melalui pita suara kedengaran abanya tuanya merayu
supaya jangan apa-apakan dia namun Komandan menyuruh membaya abang tuanya
kepinggir jurang. Foto dua tentera menjauhkan diri dari abangnya dan abangnya
sudah melutut betul-betul di tepi jurang gunung berapi Gora-Gora.Komandan
berdiri tegak kira-kira lina kaki dari abang tuannya sambil mengacukan pistol
ke arah kepala abang tuanya. Melalaui pita suara kedengaran abang tuanya merayu
supaya dirinya tidak dibunuh dan dibawa ke pengadilan dan kedengaran bunyi
letupan pistol. Foto tiga Tentera menerajang mayat abang tuanya masuk ke dalam
kawah gunung berapi. Kepala abang tuanya terjunam ke bawah dan Komandan menyarungkan
pistolnya.Melalui pita suara kedengaran bunyi angin malam dan gelegak bara yang
mengerikan.
Pencipta kamera
eksperimental ingin membawa perkara tersebut ke pengadilan.Walaupun
tidak begitu yakin hasratnya akan berjaya namun dia akan mencuba.Dia menulis
manual penggunaan kamera eksperimentalnya untuk ditinggalkan kepada rakannya
sekiranya apa-apa terjadi kepada dirinya atau temannya kelak. Dia meninggalkan
rakannya untuk pergi mencari keadilan. Dalam sebuah
bagunan dia sedang menunggu salinan laporannya selama tiga jam. Baginya
keadilan mesti ditegakkan dengan membawa
bekas komandan dan tentera ke muka pengadilan kerana hanya mereka yang tahu
sama ada pembunuhan itu kehendak mereka sendiri atau atas arahan pihak lain.
Dua orang tentera datang menahannya
atas kesalahan yang amat besar kerana
menggunakan kamera yang belum diluluskan penggunaannya di Ogonshoto.Tanpa
pengetahuannya salinan tiga keping foto
dan pita suara telah dihantar ke hospital tentera tempat komandan itu diawasi.
Apabila diperlihatkan foto dan diperdengarkan pita suara komandan itu menjerit
melolong dan pengsan.Begitulah yang berlaku kepada bekas komandan itu dua hari
dua malam di mana akhirnya dia meninggal
dunia.
Pencipta kamera eksperimental ditahan di lokap tentera. Dia belum lagi dimaklumkan hari perbicaraannya walaupun sudah dua
hari ditahan kerana kebiasaanya pada hari ketiga penangkapan perbicaraan akan
dilakukan. Anehnya dia belum di dimaklumkan bilakah kes pembunuhan abang tuanya
akan dibawa ke muka pengadilan. Dia terbayang-bayang akan kamera
eksperimentalnya. Entah ditangan siapa.Kamera itu mampu merakam kan masa lalu
pada masa ini. Memasang dan menciptanya mudah, boleh diinovasi. Pendeknya boleh
didapati di mana-mana tidak lama lagi. Tiba-tiba
di tercium bau belerang di mana dia mati ditembak
BAB 9
BAHTERA
Mengikut perkiraan
lelaki berumur akhir lima puluhan, bakal nakhoda bahtera itu esok hari yang
paling sesuai untuk diluncurkan bahtera ke laut. Dia sudah membuat perkiraan
baik buruk tiap-tiap hari bulan mengikut cara perhitungan orang tua-tua
Ogonshoto.Hampir setahun lalu ketika dia
bersampan cadik sebelah petang yntuk pulang ke rumahnya dia terlihat seekor penyu raksaksa hijau
lumut kehitam-hitaman menyusup di
bawah sampan cadiknya. Sesampainya di pantai dia ke warung lalu
menceritakan tentang penyu raksaksa itu. Tiada seorang pun mempercayainya. Ada
yang mengejeknya dan carut-mencarut berpanjangan.Menurut lelaki tua itu kedatangan penyu raksasa ke
pulau karang itu tidak penting kerana ada gua besar tempat tinggalnya tetapi
yang penting ialah bila penyu itu akan meninggalkan guanya. Kerana
menurutnya hanya penyu rasaksa yang
dapat mengesan gegaran kerak bumi. Seribu tahun lalu berlaku gempa bumi
luar biasa di mana hilang lenyap beberapa pulau. Tinggallah Gora-Gora,
Futu-Ata, Rai-Rapa dan pulau-pulau pasir karang. Jadi mereke memerlukan bahtera
yang boleh membawa sebanyak mana penduduk Ogonshoto. Penduduk Ogonshoto makin
ramai mempercayainya. Mereka berbaris-baris mendaftar diri sebelum dibenarkan
menaiki bahtera.
Pada peringkat awal dulu
bukan sahaja tidak mempercayai kisah kemunculah penyu rasaksa malah memperolok-olokan usahanya membina
bahtera.Penyu raksaksa membawa alamat
buruk, jadi mereka harus berpindah mencari daratan baharu. Bahtera besar perlu dibina.Berminggu-minggu
kemudian barulah dia didatangi pengikut-pengikut yang percaya kepadanya
termasuk lelaki pendiam dan beberapa orang resi yang mengasingkan diri dalam
hutan. Namun dia ditentang anak
lelakinya yang tinggal di asrama di Tatamanu yang mengatakan Ogonshoto terletak jauh dari plat lingkaran
gunung berapi pasifik. Namun dia faham pemikiran anak muda berbeza dengan
orang tua. Sukar baginya yang buta huruf untuk memberi penjelasan kepada
anaknya tentang ‘kebenaran’ daripada
cita rasa dan deria lampau berbanding ilmu yang dipelajari.
Dia tidak faham
birokrasi Ogonshoto, permohonannya
ditolak dari satu jabatan ke satu jabatan. Akhirnya dia meminta bantuan
sebuah Firma Jepun dari Futu-Ata
yang kagum dengan rancangannya. Peruntukan besar dikeluarkan untuk memberi rasuah kepada politikus dan
birokrat tertentu di Ogonshotto. Seminggu kemudian barulah dia dan
pengikutnya mendapat keizinan untuk membina bahtera. Kebenaran di beri untuk
mengambil kayu di hutan seluas lima ratus ekar di Futu-Ata dalam tempoh
maksimum dua tahun dan di puncak
layar mesti dikibarkan bendera Ogonshoto.Itulah
hutan terakhir di Ogonshoto. Dia mula mengarahkan pengikutnya bekerja seperti
mengali perigi, membina bangsal,mendirikan gudang, dan membuat tapak
galangan.Dia kembali mengingat ilmu bahtera yang dipelajarinya dulu.Siang malam
pengikutnya bekerja menyiapkan bahtera. Dia mengejar masa, di mana sebaiknya biarlah bahtera sudah terapung
apabila penyu raksaksa mula tinggalkan pulau itu. Seseorang diperintah
untuk memerhatikan penyu tersebut.
Terdapat seorang
lelaki dan dua orang wanita yang sakit parah ingin menaiki bahtera namun
dihalang pengikutnya.Nakhoda buat sementara waktu menyuruh mereka beristirehat
di gudang alat utas. Nakhoda bertanya
mereka sejak bila mereka sakit. Lelaki itu memberitahu sejak balik dari jamuan di istana Presiden dua
hari lalu. Lelaki itu berharap nakhoda membenarkan mereka bertiga naik kapal
namun ditolak nakhoda.Mereka memberitahu sebenarnya telah ada lima penumpang
yang mereka kenal yang turut dalam jamuan Presiden berada dalam ke dalam
bahtera. Nakhoda ingin mengesan kelima orang penumpang itu dengan mengatakan
makanan dalam bahtera tidak seenak hidangan di istana Presiden namun tidak
seorang pun menyambut umpanannya tentang hidangan di istana Presiden.
Nakhoda menatap
mata dan bibir setiap orang. Sesiapa
yang mata dan bibirnya layu diarahkan pindah ke geladak namun jumlahnya
melebihi lima iaitu lapan belas. Tiba-tiba lelaki yang bertugas di
dulang-dulang melaung sambil melambai-lambai
nakhoda. Nakhoda bergegas ke ke dulang-dulang lalu meneropong ke arah
prairan pulau karang. Penyu raksaksa
dilihat telah meninggalkan pulau karang ke timur. Bahtera yang panjangnya seratus dua puluh meter , lebarnya dua
puluh lima meter dan dalamnya lima belas meter diluncurkan ke laut.Menurut firasat Nakhoda pelayaran
akan bermula esok harinyamengikut penyu raksaksa itu. Malam itu nakhoda
berasa lega kerana anaknya akan ikut bersamanya namun yang perlu difikirkan
ialah nasib dua wanita dan seorang lelaki digedung itu di mana membawa mereka
seakan-akan sengaja menyebarkan wabak penyakit yang mungkin akan membunuh semua
orang dalam bahtera tetapi meninggalkan mereka seolah-olah membiarkan mereka
mati dalam malapetaka.
Dalam waktu yang
sama anak nakhoda menulis sesuatu dalam buku catatannya iaitu bagaimana
bapanya tahu malapetaka akan tiba. Sebenarnya
mereka yang berpenyakit itulah bagi anaknya yang akan membawa malapetaka besar
dalam bahtera. Di mana bahtera bapanya ibarat sebuah pulau, sekali
malapetaka melanda semua akan mati di atas pulau binaan bapanya itu.Buku
catatan itu diletakkan di sisi lampu Hurricane
dalam kamar bapanya.
Akhirnya nakhoda
membenarkan mereka yang berpenyakit itu naik ke bahtera. Ketika dalam perahu
tiba-tiba mereka didatangi seorang
lelaki tinggi berpakaian serba putih merayu untuk naik ke bahtera. Nakhoda
membenarkannya naik bersama-sama tiga orang yang berpenyakit tadi.Ketiga-tiga
orang yang berpenyakit itu di tempatkan di buritan kapal. Sewatu Nakhoda
menyebut masakan tidak seenak hidangan istana lelaki tinggi berpakaian puti itu
bersuara menyatakan dia adalah ketua
tukang masak. Nakhoda menyuruh lelaki itu mengikutinya ke dalam kamar.Sauh
diangkat dan bahterapun belayarlah. Sewaktu itulah anak Nahoda terjun berenang ke pantai.
Bahtera itupun
belayarlah mengikut laluan penyu.Di dalam kamar nakhoda lelaki itu menceritakan
lebih sepuluh tahun dia menjadi tukang
masak Presiden. Baru-baru ini Presiden ingin memakan bubur tradisional
Ogohshoto paling enak iaitu bubur taro. Campurannya gandum, sotong,
dan daging rusa, ditambah sayur-sayuran. Apa yang memeningkan tukang masak ialah ketiadaan daging rusa. Sehari
sebelum jamuan besar itu, seorang lelaki datang ke rumahnya.Lalu dibunuhnya lelaki itu dilapah dan dikisar dagingnya dan dijadikan ramuan
bubur. Dua tiga hari tetamu mula
sakit termasuk Presiden. Tukang masak akhirnya tahu bahawa lelaki itu pengidap sakit kelamin yang parah
daripada surat mangsa yang terdapat dalam dompetnya.Mendengar cerita itu Nahoda
mengarahkan tukang masak itu ke geladak. Suara tukang masak itu berubah menjadi
halus , menarik lapisan atas rambutnya, lalu mengurailah rambutnya yang panjang
hingga ke bahu.Apabila pakaian serba putihnya ditanggalkan rupanya dia adalah seorang wanita lampai
bergaun labuh.Wanita itu meninggalkan kamar nakhoda.Nakhoda menjumpai buku catatan anaknya yang
ditinggalkan berhampiran lampu hurricane.Setelah
membacanya ketahuilah dia anaknya telah
meninggalkan bahtera itu. Dia menjadi gementar dan longlai.
Tiba-tiba terdengar dentuman luar biasa seperti
halilintar.Asap gunung berapi kian menebal. Gelombang besar lagi tinggi muncul
di barat Ogonshoto melanyak kepulauan,
bangunan dan semua yang hidup di atasnya.Gelombang itu bergerak ke timur.
Bahtera Nakhoda dilanda gelombang dan
terangkat enam ratus kaki ke udara dan perlahan-lahan menggelonsor menuruni
lereng gelombang. Ogonshotto hilang tidak bersisa.Teringat dia akan anaknya.
Pada fikirannya dia akan menurunkan penumpang yang dijangkiti di pulau yang
mula-mula ditemui namun dia membatalkan hajatnya kerana baginya biarlah dia menyelamatkan mereka kerana dia
telah kehilangan seorang anak lelaki .Setelah berminggu-minggu belayar
akhirnya pada suatu pagi kedengaran laungan 'Tuan nakhoda! Daratan'.
EPILOG:
TSUNAMI
Bahtera
dari Ogonshoto mendahului Kawai Maru berlabuh di pulau itu. Kedua kapal itu
datang dari arah berlainan. Apabila mereka bertemu di darat buat pertama kalinya peristiwa tsunamilah yang mula-mula mereka
perkatakan.Gora-gora, Rai-rapa, dan Futu-Ata hancur luluh. Mujurlah Kawai Maru dan bahtera itu tidak turut ditelannya.Sepuluh penumpang bahtera terbunuh. Yang sakit dimasukkan ke dalam
wad dan yang lain ditempatkan di khemah-khemah khas sementara menunggu
keputusan pemerintah pulau itu.Nakhoda
menyerahkan nasibnya dan para pengikutnya kepada pemerintah pulau itu sama
ada menerima mereka tinggal di situ atau meneruskan perjalanan mencari daratan
lain.
Berminggu-minggu
lamanya Kawai Maru berlabuh di sana jadi
keraplah mereka bertemu dengan nakhoda dan pengikutnya. Perhubungan mereka menjadi akrab. Disanalah juga watak-watak yang masih hidup dalam semua naratif Ogonshoto temui.Daripada tokok
tambah merekalah naratif-naratif Ogonshoto ini menjadi lengkap seperti seekor
ikan yang lengkap. Semua
itu telah berlalu berpuluh-puluh tahun
yang lampau. Aku berumur lapan puluh tahun dan sudah dua puluh tahun meninggalkan Kawai Maru. Semua rakan-rakannya
memilih jalan sendiri. Peristiwa pertemuan dengan nakhoda dan pengikutnya
terjadi ketika umurku empat puluh tahun lima bulan.
Kawai
Maru telah digantikan dengan tenaga-tenaga muda lepasan sekolah tinggi. Mereka
tidak pasti Tuan Kawai masih hidup atau meninggal dunia. Kebanyakan
teman-teman aku telah pulang ke kampung masing-masing. Kehidupan di kampung halaman
membingungkan kerana tidak ada teman masa kecil atau kenalan akrab.
Kehidupan menjadi sunyi tidak seperti hiruk-pikuk di Kawai Maru.Tidak semua
isteri dapat menerima kehadiran suami mereka
yang tiba-tiba muncul di hari tua.Kebingungan berada di rumah yang sempit
dan berduaan sahaja dengan isteri membuatkan
lelaki tua mulai mengikut ke mana sahaja
isterinya pergi. Akhirnya pergerakan yang merimaskan ini menyebabkan berlakunya penceraian.
Aku
tidak pulang ke kampung halamannya. Isteri aku di kampung telah meninggal dunia
tiga puluh tahun yang lalu ketika Kawai Maru berada di Jurang Marianas.
Perkahwinan mereka tidak mendapat zuriat jadi sebaik sahaja berhenti dari Kawai
Maru aku memilih tinggal di sebuah rumah
orang tua di Daerah Kita, Tokyo.Kompleks
kediamannya terletak di sudut sebuah taman yang luas. Persekitarannya amat
sunyi sedangkan di luar taman di kota Tokyo hiru-pikuk. Taktala
membuka mata, aku berada di wad hospital. Jururawat memberi tahu pembedahan sangat berjaya dan mungkin hujung minggu ini aku boleh pulang ke rumah.Telah
lama aku merahsiakan penyakit ini daripada pengetahuan keluarga dan
sahabat.Ketika menjalankan tugas di sebuah organisasi Asia-Pasifik di Tokyo
penyakit semakin serius lalu terpaksalah aku menyerah untuk dibedah. Aku
memejamkan matanya mengingati kampung halamnnya.
Prolog tu banyak yg songsang
ReplyDeleteTypo bnyak
ReplyDeleteBabun
ReplyDeletehahahahahahahahaha sastera saya A+
ReplyDelete