Sunday, 22 May 2016
Saturday, 21 May 2016
Kajian Prolog-bab 2
PROLOG: KAWAI MARU
PERSOALAN
1. Tentang penggunaan teknologi moden dalam perikanan.Contoh; Kawai Maru menggunakan teknologi satelit dalam kegiatan perikanannya.
2. Tentang keadaan geografi kepulauan Orgonshoto. Contoh; terdiri daripada pulau-pulau dan ibu negaranya ialahTatamanu.
PERWATAKAN
TUAN KAWAI
1. Seorang yang memilki kapal Kawai Maru.
2. Seorang yang arif tentang perikanan. Contoh; tidak seorang pun daripada anak-anak kapal boleh mengatasinya tentang dunia laut dan isinya.
3. Seorang nelayan yang menggunakan teknologi moden. Contoh; dia menggunakan komputer dan sateli dalam kegiatan perikanannya.
4. Seorang yang tidak pernah serik dalam melakukan sesuatu. Contoh; dia tetap ke prairan Orgonshoto walaupun terdapat gelombang-gelombang besar.
GAMBARAN MASYARAKAT
1. Masyarakt berkerja sebagai nelayan. Contoh ; Tuan Kawai dan anak-anak kapal Kawai Maru merupakan nelayan.
2. Masyarakat peramah. Contoh;rakyat Orgonshoto tamah-tamah dan kaya raya dengan cerita.
REPUBLIK ORGONSHOTO
1. Sebuah republik terdiri dari enam buah pulau lebih kurang 1500 batu di barat laut Pulau Easter milik Chile.
2. Kepulauan ini ditemui oleh pelayar-pelayar Jepun pada permulaan zaman Edo.
3. Terdapat pengaruh Jepun. Contoh; terdapat generasi kacukan Jepun di Orgonshoto.
4. Terdapat gunung-gunung berapi. Contoh; Gunung berapi Gora-Gora.
5. Mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Contoh; puncak gunung berapi di Gora-Gora bewarna keemasan pada waktu pagi.
6. Ibu negaranya ialah Tatamanu iaitu sebuah pelabuhan utama ogonshoto.
7. Terletak di Teluk Pinavana yng sangat dalam.
8. Rakyatnya peramah dan kaya-raya dengan cerita. Contoh; mendengar cerita-cerita penduduk- penduduk Orgonshoto kami akan lupa segala perbualan yang menjadi kebiasaan kami.
BAB 1
KOLONIAL
PERSOALAN
1. Tentang pemerintahan diktator. Contoh; Semua media dimiliki kerajaan.
2. Tentang pembohongan pemimpin negara. Contoh; dalam biografi presiden dia tidak menyatakan fakta benar tentang sejarah kehidupannya .
3. Tentang sistem pemerintahan kapitalis. Contoh; orang-orang presiden menggunakan kedudukan dan peluang untuk mengumpul kekayaan.
4. Tentang pembangunan negara Contoh; beberapa bulan kemudian pandang darat Orgonshoto telah berubah. Tapak-tapak pembangunan melangkah dan menginjak kawasan petani dan nelayan.
5. Tentang sikap kolonialisme Eropah yang mengaut hasi negara yang dijajah. Contoh; Mereka mencantas penentangan dan dalam masa yang sama memunggah hasil Ogonshoto untuk mereka.
PERWATAKAN
PRESIDEN
1. Seorang yang diberikan gelaran yang baik-baik. Contoh; gelaran gelaran dewa-dewa.
2. Seorang diberikan gelaran buruk oleh yang tidak menyukainya. Contoh; terdapat emapt lima gelaran seperti ‘Belut Selat Morauka’ , ‘Dewa Badak’ dan ‘kolonial’ atau ‘peribumi sebagai kolonial baharu’.
3. Seorang anak luar nikah Malagana. Contoh; Malagana dikenali sebagai pusat hiburan di mana akibatnya banyaklah anak luar nikah.
4. Seorang yang tidak jujur. Contoh; pemergiannya ke eropah dengan mencuri masuk ke dalam kapal tidak tercatat dan buku biografinya tetapi apa yang tercatat ialah dia dibawa ke eropah oleh nakhoda kapal eropah kerana kepintarannya dan dijadikan anak angkat nakhoda.
5. Seorang anak angkat kelasi tua yang telah bersara. Contoh; Sesampainnya ke eropah dia dibawa ke rumah seorang kelasi tua yang tidak mahu belayar lagi.
6. Seorang yang suka meninggi diri. Contoh; dalam buku biografinya tercatat dalam ucapan nakhoda kononnya nakhoda kagum dengannya yang cepat belajar menyesuaikan diri, pintar dan dihormati rakan-rakan sebayanya disekolah.
7. Seorang yang kurang pintar. Contoh; Tidak pernah mencapai kedudukan di atas nombor dua puluh di dalam kelasnya.
8. Seorang yang berjiwa diktator. Contoh; Sebenarnya tesis yang ditulisnya ialah tentang kediktatoran.
9. Seorang yang nakal semasa zaman remajanya. Contoh; mencuri makanan dan tesis.
10. Seorang yang menghormati orang tuanya. Contoh; memeluk lutut ibunya di pantai setelah 20 tahun meninggalkan negaranya.
11. Seorang yang menyertai parti politik paling popular di Ogonshoto. Contoh; dia menyertai parti politik paling popular di Ogonshoto yang didukung pihak polis, tentera dan karyawan umum.
13. Seorang yng ditabalkan sebagai presiden setelah kematian presiden. Contoh; setelah tiga tahun dalam kancah politik dia dilantik sebagai Timbalan Presiden dan enam bulan kemudian dilantik sebagai presiden setelah presiden mati.
14. Seorang presiden yang mengamalkan fahaman kapitalisme dalam pemerintahannya. Contoh; Presiden menyatakan Ogonshoto telah memilih kapitalisme lalu membenarkan ajaran kapitalisme di mana setiap individu berlumba-lumba mengumpul kekayaan.
15. Seorang yang sukakan publisiti. Contoh;Sedozen wartawan dan ribuan penduduk membanjiri pantai menunggu saat dia memeluk lutut ibunya.
16. Seorang yang telah beristeri. Contoh; isterinya bergelar 'Ju' dalam bahasa Jepun bererti sepuluh iaitu mesti menerima sepuluh peratus komisyen dalam setiap urus niaga pemerintah.
GAMBARAN MASYARAKAT
1. Masyarakat tidak bebas bersuara. Contoh; Semua media massa dimiliki kerajaan.
2. Masyarakat mengalami gejala soaial. Contoh; Malagana dikenali sebagai pusat hiburan di mana akibatnya banyaklah anak luar nikah.
3. Terdapat ramai orang asing dari eropah dalam masyarakat Ogonshoto. Contoh; ramai orang- orang asing bekerja di pejabat-pejabat, menjadi polis dan tentera.
4 Masyarakat golongan mahasiswa ialah golongan penentang yang anggap seperi kuman. Contoh; golongan pertama yang memberikan reaksi kritis terhadap ucapan presiden ialah mahasiswa.
5. Masyarakat mempunyai pemikiran bahawa masyarakat harus kaya, bukan individu. Contoh; mereka mahu membina masyarakat kaya melalui budaya dan gerak komunal.(pemilikan secara bersama)
6. Masyarakat tidak mementingkan kekayaan kerana kekayaan bukan matlamat akhir mereka. Contoh;mereka hidup secara sedehana sahaja kerana kekayaan tidak akan dibawa ke dunia selepas mati.
7. Masyarakat tidak pentingkan pembangunan. Contoh;Pemikiran rakyat Ogonshoto turun- temurun kemajuan akan membawa implikasi nagatif terhadap nilai kekeluargaan, nilai moral dan alam sekitar.
8. Masyarakat golongan pemerintah menyalahgunakan kedudukan dan peluang mengumpul kekayaan. Contoh; orang-orang presiden menggunakan kedudukan dan peluang digembeling untuk mengumpul kekayaan.
9. Masyarakat golongan rakyat biasa tidak mempunyai ilmu yang tinggi. Contoh tidak boleh berfikiran objektif untuk meleraikan permasaalahan demokrasi dan kapitalisme dan hanya mengikut gerak hati.
10. Masyarakat takut kepada ketua. Contoh; Presiden mengatakan kepada presiden dari Afrika rakyatnya tidak menghormatinya tetapi takut kepadanya.
11. Masyarakat yang suka pujian. Contoh; Presiden berkata rakyatnya tidak suka kritikan oleh itu dia selalu memuji mereka, hampir tanpa memberi apa-apa.
NILAI
1. Keberanian. Contoh; Sewaktu berumur tujuh tahun Presiden berani menaiki sebuah kapal ke Eropah.
2. Ketabahan. Contoh; Sewaktu kecil semasa di eropah presiden Tabah menjalani kehidupan di walaupun menjadi bahan jenaka dan usikan.
3. Tolong-menolong; Presiden dan tiga rakannya ditolong oleh penduduk Ogonshoto semasa perahu mereka dilanda ribut taufan.
4. Kasih sayang. Contoh; Presiden sayangkan ibunya misalnya memeluk lutut ibunya.
5. Kesederhanaan. Contoh;bagi rakyat Ogonshoto hidup dengan pelajaran sederhana, ada rumah kecil,cukup pakaian, cukup makanan.
MESEJ
1. Hendaklah menjadi pemimpin yang jujur. Contoh; Presiden tidak jujur dalam menulis biografinya.
2. Hendaklah menghindari gejala sosial. Contoh; Malagana dikenali sebagai pusat hiburan di mana akibatnya banyaklah anak luar nikah.
3. Janganlah terlalu mementingkan kekayaan. Contoh; Pemikiran rakyat Oogonshoto hidup secara sedehana sahaja kerana kekayaan tidak akan dibawa ke dunia selepas mati.
4. Hendaklah memberi kebebasan kepada rakyat menyuarakan pendapat. Contoh; rakyat Orgonshoto tiada kebebasan bersuara kerana semua media massa dimiliki kerajaan.
5. Janganlah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan sendiri. Contoh; orang- orang presiden menggunakan kedudukan dan peluang digembeling untuk mengumpul kekayaan begitu juga isteri presiden yang menerima sepuluh peratus daripada urus niaga pemerintah.
6. Hendaklah tolong menolong. Contoh; Penduduk Ogonsontho menolong menyelamatkan presiden dan rakannya yang hanyut dilanda ribut.
7. Hendaklah menyayangi ibu bapa.Contoh; Presiden memeluk lutut ibunya di pantai walaupun ibunya sudah tua dan agak berkerepot.
8. Janganlah lupa asal usul kita.Contoh; Presiden Presiden memeluk lutut ibunya di pantai walaupun ibunya sudah tua dan agak berkerepot demi rasa hormat seorang anak yang tahu asal usulnya.
9. Hendaklah menjaga alam sekitar daripada pencemaran. Contoh; Pemikiran rakyat Ogonshoto turun-temurun pembangunan akan membawa implikasi nagatif terhadap alam sekitar.
10. Hendaklah mencintai negara sendiri. Contoh; Semasa pemerintahan kolonial peribumi Ogonshoto berjuang menghalau penjajah .
BAB 2
JENERAL
PERSOALAN
1. Tentang perebutan mencari pengaruh dalam masyarakat.Contoh; Jeneral dan Pegawai Kanan masing-masing mencari pengaruh di Ture.
2. Tentang fitnah menfitnah dalam menjatuhkan lawan. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan membuat fitnah terhadap Jeneral kononnya dia dilahirkan di Pukana. Jeneral pula meyebarkan cerita tentang Pegawai Kanan sebenarnya dilahirkan di atas kapal dalam pelayaran dari Tubua ke Ture.
3. Tentang mencari kemewahan dan kedudukan melalui politik.Contoh; Jeneral dan Pegawai Kanan berebut untuk mendapatkan pengaruh dan kedudukan dalam politik kerana parti politik pemerintah menyediakan kedudukan dan kemewahan.
4. Tentang pembangunan kawasan. Contoh; ; Dalam kempen Jeneral dia lebih fokus kepada pembangunan Ture seperti pembinaan pengkalan dan pelabuhan, pembinaan sekolah menengah, menaikkan taraf jalan Ture-Runakita dan membina kawasan pelancongan.
5. Tentang amalan rasuah dalam politik. Contoh;Dua orang kuat Pegawai kanan mencadangkan hanya merasuah anggota komiti dapat membolehkan anggota komiti berpaling tadah memilihnya.
PERWATAKAN
JENERAL
1. Seorang pesara angkatan tentera. Contoh; Dia baru bersara dari angkatan tentera.
2. Seorang yang bersasal dari Ture. Contoh; katanya dia dilahirkan di Ture, walaupun beberapa orang tua Futu-Ata mengatakan dia lahir di Pukana.
3. Seorang yang peramah. Contoh; Jeneral menjemput beberapa kacukan Jepun Futu-Ata, wartawan dan penduduk Ture yang dipilih semasa upacara memuja 'semangat rumah' dan bertanya khabar penduduk kampung selepas sarapan.
4. Seorang pemurah. Contoh; Jeneral dan isterinya ke-kampung-kampung nelayan atau ke bandar Ture untuk bertanya khabar atau menghulurkan bantuan kepada teman-teman sekampung halaman yang baru dikenali.
5. Seorang yang bertubuh besar dan tinggi. Contoh; Tubuh besar tingginya mulai menjadi umang- umang yang mengenakan pakaian nelayan atau baju kebanyakan di Ture.
6. Seorang yang telah menjalani penghapusan identiti. Contoh; Empat bulan sebelum menjalankan misi di Kiribati namanya ditukar, tempat lahirnya juga dihapuskan dari rekod pendaftaran.
7. Seorang yang bijaksana mengatur strategi politik. Contoh; Dia memilih Ture kerana politiknya yang lemah iaitu Wakil Dewan Presiden yang uzur dan tiada pembangunan.Dia juga menggembirakan hati pegawai kanan dengan mengatakan dirinya tidak bertanding sebaliknya itu semua hanya taktik ketenteraan kerana kegembiraan boleh melalaikan.
8. Seorang yang menganggotai parti politik pemerintah.Contoh; Sebaik-baik sahaja bersara dan mendapat kad pengenalan awam, dia menganggotai parti politk pemerintah kerana parti politik pemerintah menyediakan kedudukan dan kemewahan.
9. Seorang yang berwawasan. Contoh; Mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang dalam karier politiknya.
10. Seorang yang menepati masa.Contoh; Jeneral telah dilatih menepati masa di mana dia tiba di restoran itu tiga puluh minit selepas matahari terbenam.
11. Seorang yang pandai berpura-pura.Contoh; Dia menggembirakan hati pegawai kanan dengan mengatakan dirinya tidak bertanding sebaliknya itu semua hanya taktik ketenteraan kerana kegembiraan boleh melalaikan di mana lebih baik menyerang ketika musuh lalai.Sebaliknya dia dan orang-orangnya terus berkempen di mana fokus mereka kepada anggota komiti provinsi.
12. Seorang yang pentingkan pembangunan. Contoh; Dalam kempennya dia lebih fokus kepada pembangunan Ture seperti pembinaan pengkalan dan pelabuhan, pembinaan sekolah menengah, menaikkan taraf jalan Ture-Runakita, membina kawasan pelancongan dan keuntungan akan dibahagi sama rata kepada anggota kominiti.
13. Seorang pembunuh .Contoh; Jeneral telah ditangkap polis kerana membunuh Pegawai Kanan sewaktu menunggu ketibaan presiden di pengkalan di mana gambar perbuatannya telah dirakam.
PEGAWAI KANAN
1. Seorang yang berpengaruh di Ture.Contoh; Telah bertahun-tahun pegawai itu menanam pengaruhnya di Ture.
2. Seorang yang berjawatan pegawai kanan pemerintahan provinsi.
3. Seorang yang bersikap dengki. Contoh; Pegawai kanan tidak senang hati dengan kehadiran Jeneral di Ture yang telah mempengaruhi penduduk di situ.
4. Seorang yang suka membuat fitnah. Contoh; iaitu menyebarkan cerita kononnya Jeneral lahir di Pukana bukan di Ture.
5. Seorang yang suka menghina. Contoh; menghina ibu Jeneral dengan megatakan ibunya mengerang melahirkan Jeneral kerana badanya terlalu besar. Bagi isteri Jeneral pula diskripsi menghina ibu mertuanya , juga menghina kewanitaannya kerana badannya lebih montok berbanding wanita Ture.
6. Seorang yang mempunyai sumber kewangan terbatas.Contoh; Sebagai pegawai kerajaan pendapatannya terbatas.
7. Seorang yang berwajah buruk. Contoh; mata kiri tersembul keluar macam mata ikan merah, bibirnya paling tebal di selluruh Ogonshoto, apabila berucap tidak menarik kadang-kadang garau, kadang-kadang halus macam bapuk. Badanya juga berbau busuk ikan.
8. Seorang yang mudah diperdaya. Contoh; Kenyataan Jeneral tidak akan bertanding telah menyebabkan dia meletakkan jawatan sebagai pegawai pegawai kanan kerajaan dan akan menyertai parti politik kerajaan kerana yakin mendapat sokongan kominiti parti kerana mendapat sokongan yang kian bertambah lebih-lebih lagi sokongan Jeneral.
9. Mengamalkan rasuah. Contoh; Apabila menyedari sokongan lebih memihak kepada Jeneral,dua orang kuat Pegawai kanan mencadangkan hanya merasuah anggota komiti dapat membolehkan anggota komiti berpaling tadah memilihnya lalu dipersetujuinya.
10. Seorang yang taat setia kepada pemerintah. Contoh; Pada malam perjumpaan dengan presiden dia akan menyatakan taat setia kepada presiden.
11. Seorang yang mati ditembak. Contoh; Jeneral menembak mati Pagawai Kanan setelah pegawai kanan gagal menembaknya kerana pistol tidak berpeluru.
PRESIDEN
1. Seorang yang perihatin. Contoh; Presiden mengikuti perkembangan antara Jeneral dan Pegawai Kanan di mana dia ingin mencadangkan satu penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.
2. Seorang yang suka menyamar. Contoh; Kononnya dia pernah menyamar sebagai pemandu van di Tatamanu membawa tokoh-tokoh gerakan non-pemerintah ke suatu seminar.
WAKIL DEWAN PRESIDEN
1. Seorang yang sudah tua bangka, mula sakit-sakit.
2. Seorang yang tidak amanah menjalankan tugas sebagai Wakil Dewan Presiden. Contoh; Selama menjadi Wakil Dewan Presiden menerajui Ture beberapa penggal lalu, Ture hampir tidak mendapat apa-apa pembangunan.
3. Seorang yang menghidapi penyakit hilang ingatan. Contoh; Pernah tidak masuk semula ke dewan mesyuarat setelah ke tandas atas alasan tidak tahu ada menyuarat di Malagana.
4. Seorang yang mendapat mandat baru dalam pemilihan umum akan datang. Contoh; Tuan Wakil mendapat mandat baru setelah Jenderal ditangkap kerana membunuh Pegawai Kanan.
GAMBARAN MASYARAKAT
1. Masyarakat percaya kepada petanda-petanda.Contoh; Jeneral dan isterinya percaya kunjungan paus-paus biru buat pertama kalinya di mulut Selat Gareva setelah tidak muncul selama empat tahun adalah petanda baik untuk mereka menetap di Ture.
2. Masyarakat yang suka membuat fitnah. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan membuat fitnah terhadap Jeneral kononnya dia dilahirkan di Pukana.Begitu juga Jeneral meyebarkan cerita tentang Pegawai Kanan sebenarnya dilahirkan di atas kapal dalam pelayaran dari Tubua ke Ture.
3. Masyarakat yang mempunyai rasa simpati. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan simpati terhadapnya lalu bergabung kekuatan untuk melawan pengaruh Jeneral.
4. Masyarakat suka menghina.Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan menghina ibu Jeneral.
5. Masyarakat Ture mempunyai pemimpin yang lemah. Contoh; Wakil Dewan presiden Ture telah tua bangka, mulai sakit-sakit.
6. Masyarakat yang tidak mendapat pembangunan. Contoh;Selama Wakil Dewan Presiden menerajui Ture beberapa penggal lalu, Ture hampir tidak mendapat apa-apa pembangunan. Hanya terdapat dua deret kedai usang, pengkalan nelayan merupakan binaan tentera Jepun, jalan menyambungkan Ture dengan Runakita masih sebahagiannya merupakan lorong batu kerikil.
NILAI
1. Kemesraan. Contoh; Jeneral menjemput beberapa kacukan Jepun Futu-Ata, wartawan dan penduduk Ture yang dipilih semasa upacara memuja 'semangat rumah' dan bertanya khabar penduduk kampung selepas sarapan.
2. Pemurah. Contoh; Jeneral dan isterinya ke-kampung-kampung nelayan atau ke bandar Ture untuk bertanya khabar atau menghulurkan bantuan kepada teman-teman sekampung halaman yang baru dikenali.
3. Keperihatinan; Presiden mengikuti perkembangan antara Jeneral dan Pegawai Kanan di mana dia ingin mencadangkan satu penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.
4. Simpati.Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan simpati terhadapnya lalu bergabung kekuatan untuk melawan pengaruh Jeneral.
5. Ketaatan. Contoh; Pegawai kanan taat kepada Presiden di mana pada malam perjumpaan dengan presiden dia akan menyatakan taat setia kepada presiden.
MESEJ
1. Janganlah suka menfitnah. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan membuat fitnah terhadap Jeneral kononnya dia dilahirkan di Pukana.
2. Janganlah suka menghina sesama manusia. Contoh; Pengikut-pengikut Pegawai Kanan menghina ibu Jeneral.
3. Hendaklah amanah menunaikan tanggungjawab sebagai wakil kerajaan. Contoh; Wakil Presiden tidak menjalankan tanggungjawabnya di mana tiada pembangunan di Ture.
4. Janganlah mengamalkan rasuah. Contoh; Untuk mendapatkan sokongan Pegawai Kanan sanggup merasuah anggota komiti untuk memilihnya.
5. Hendaklah bersikap pemurah. Contoh; Jeneral dan isterinya ke kampung-kampung nelayan atau ke bandar Ture untuk bertanya khabar atau menghulurkan bantuan kepada teman-teman sekampung halaman yang baru dikenali.
6. Hendaklah bersikap perihatin sesama manusia. Contoh; Presiden mengikuti perkembangan antara Jeneral dan Pegawai Kanan dan dia ingin mencadangkan satu penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.
7. Hendaklah taat kepada pemerintah. Contoh;Pegawai kanan taat kepada Presiden di mana pada malam perjumpaan dengan presiden dia akan menyatakan taat setia kepada presiden.
8. Janganlah bersikap kepura-puraan. Contoh; Jeneral berpura-pura mengatakan dirinya tidak bertanding sebaliknya itu semua hanya taktik ketenteraan untuk menjatuhkan Pegawai Kanan.
9. Hendaklah menepati masa. Contoh; Jeneral telah dilatih menepati masa di mana dia tiba di restoran itu tiga puluh minit selepas matahari terbenam.
10. Hendaklah mementingkan pembangunan rakyat. ContohSelama Wakil Dewan Presiden menerajui Ture beberapa penggal lalu, Ture hampir tidak mendapat apa-apa pembangunan. Hanya terdapat dua deret kedai usang, pengkalan nelayan merupakan binaan tentera Jepun, jalan menyambungkan Ture dengan Runakita masih sebahagiannya merupakan lorong batu kerikil.
Subscribe to:
Posts (Atom)